MAHATHIR DALANG UTAMA, HALANG WAN AZIZAH JADI MENTERI BESAR SELANGOR

MAHATHIR DALANG UTAMA, HALANG WAN AZIZAH JADI MENTERI BESAR SELANGOR - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAHATHIR DALANG UTAMA, HALANG WAN AZIZAH JADI MENTERI BESAR SELANGOR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAHATHIR DALANG UTAMA, HALANG WAN AZIZAH JADI MENTERI BESAR SELANGOR
link : MAHATHIR DALANG UTAMA, HALANG WAN AZIZAH JADI MENTERI BESAR SELANGOR

Baca juga


MAHATHIR DALANG UTAMA, HALANG WAN AZIZAH JADI MENTERI BESAR SELANGOR

Ada maklumat dari sumber tertentu bahawa Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah perancang utama konspirasi menjatuhkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata pada awal-awal krisis Menteri Besar Selangor, sudah dapat dihidu bahawa dalang utama untuk menjatuhkan Abdul Khalid ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang juga diketahui sebagai anak angkat Mahathir.

Menurut beliau dalam satu kenyataan hari ini, pembubaran PKR Cabang Kuala Selangor, adalah sebahagian daripada perancangan Azmin yang mahu jatuhkan Abdul Khalid kerana beliau dianggap pencabar terkuat Azmin dalam parti PKR.

Pada saat itu, Mahathir menunjukkan bahawa beliau masih anti kepada bekas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim apabila cuba melobi supaya Azmin jadi Menteri Besar ganti Abdul Khalid dan bukan Dr Wan Azizah Wan Ismail seperti yang dirancangkan oleh pembangkang.

“Mahathir tahu bahawa pihak Istana akan tidak memperkenankan supaya Dr Wan Azizah dilantik sebagai Menteri Besar, dan maklumat menunjukkan bahawa beliau melobi Azmin untuk Azmin pergi menghadap pihak Istana dan cuba dilantik sebagai Menteri Besar.

“Ketika itu, nama calon Menteri Besar seakan-akan dirahsiakan dan tiba-tiba di saat akhir, Azmin yang dilantik dan bukan Dr Wan Azizah,” kata Ramesh dalam kenyataan itu.

Beliau berkata isu lain yang menjadi sebab Abdul Khalid dijatuhkan ialah skandal tanah di Ijok yang melibatkan transaksi dan penyerahan kembali tanah di Ijok oleh Kerajaan Negeri Selangor yang didakwa mencurigakan. Ia jadi masalah apabila tanah seluas 880 hektar itu diserahkan kembali kepada dua syarikat pemaju perumahan yang bermasalah.

Abdul Khalid baru-baru ini, menuntut pihak berkuasa siasat dalang yang memulangkan tanah di Ijok yang dirampas Kerajaan Negeri Selangor daripada pemaju perumahan pada 2009 sebelum dijual kepada pihak ketiga.

Ramesh mendedahkan orang kanan Mahathir Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ada kaitan dengan isu ini tetapi marah apabila namanya disebut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan mengancam mahu menyamannya.

“Sampai sekarang Khairuddin ini tidak saman pun, Abdul Rahman Dahlam, isu ini pun jadi senjata Mahathir untuk jatuhkan Khalid untuk tempatkan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor,” kata Ramesh.

Beliau berkata ada perbuatan yang menguntungkan kroni kerana syarikat pemaju berkenaan sudah diketahui bermasalah.

“Kalau hal-hal berkaitan kroni ini kerja siapa, biasanya kita tahu ia adalah kerja, bekas Perdana Menteri itulah.

“Beliau tahu, beliau tidak mahu Dr Wan Azizah jadi Menteri Besar, jadi Mahathir gunakan Azmin untuk menghalang Dr Wan Azizah daripada menjadi Menteri Besar supaya Azmin jadi proksi beliau, bukan Dr Wan Azizah jadi proksi kepada Anwar,” kata Ramesh.


MAHATHIR DALANG UTAMA, HALANG WAN AZIZAH JADI MENTERI BESAR SELANGOR

Sekianlah artikel MAHATHIR DALANG UTAMA, HALANG WAN AZIZAH JADI MENTERI BESAR SELANGOR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca MAHATHIR DALANG UTAMA, HALANG WAN AZIZAH JADI MENTERI BESAR SELANGOR linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/mahathir-dalang-utama-halang-wan-azizah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MAHATHIR DALANG UTAMA, HALANG WAN AZIZAH JADI MENTERI BESAR SELANGOR"

Posting Komentar