DI MANA KEBEBASAN BERSUARA DALAM PPBM? – KETUA SRIKANDI KOTA BHARU

DI MANA KEBEBASAN BERSUARA DALAM PPBM? – KETUA SRIKANDI KOTA BHARU - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DI MANA KEBEBASAN BERSUARA DALAM PPBM? – KETUA SRIKANDI KOTA BHARU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DI MANA KEBEBASAN BERSUARA DALAM PPBM? – KETUA SRIKANDI KOTA BHARU
link : DI MANA KEBEBASAN BERSUARA DALAM PPBM? – KETUA SRIKANDI KOTA BHARU

Baca juga


DI MANA KEBEBASAN BERSUARA DALAM PPBM? – KETUA SRIKANDI KOTA BHARU

Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kota Bharu, Normala Abdul Kadir bersedia untuk dipecat oleh pucuk pimpinan parti pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad itu.

Bagi Normala apa guna berada di dalam parti jika disekat daripada bersuara dan memberi pendapat untuk kebaikan parti.

Dr. Mahathir pernah berjanji Pakatan Harapan jika memerintah akan mengamalkan kebebasan bersuara jika menjadi kerajaan, tetapi mereka yang menjadi ahli PPBM tidak boleh bersuara dan pucuk pimpinan tidak boleh menerima kritikan.

“Saya tidak kisah dipecat kerana berani menyuarakan pendapat terhadap parti,” kata Normala pada sidang media di Kota Bahru semalam.

Normala berkata, susulan kritikan terhadap parti itu baru-baru ini, dia dan ahli jawatankuasanya menerima kecaman daripada pelbagai pihak di dalam parti itu termasuk dituduh sebagai tali barut dan dedak UMNO untuk memburukkan parti.

“Mereka ini langsung tidak boleh dikritik, ditegur dan diberi pandangan secara langsung.
Beliau bersedia letak jawatan sekiranya masih tiada perubahan dalam parti,” katanya.

Sepanjang tiga tahun bersama PPBM, Normala memberitahu beliau bersama ahli jawatankuasa terpaksa mengeluarkan modal sendiri untuk menjalankan program untuk parti walaupun dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi.

“Srikandi bahagian lain turut menyuarakan rasa tidak puas hati apabila terpaksa keluarkan belanja sendiri, sedangkan pihak atasan yang tubuhkan parti adalah jutawan.

“Sepatutnya sebagai pemimpin, mereka perlu keluarkan dana untuk membantu rakyat. Lihat saja di Kota Bharu, tiada bendera PPBM berbanding Parti Amanah Negara (PAN) dan PAS,” katanya.

Normala berkata, dia melihat PPBM sudah lari daripada matlamat asal dalam perjuangannya untuk membantu rakyat.

“Dulu mereka kata mahu kembalikan hak rakyat tetapi saya nampak matlamat itu semakin kabur. Adakah mereka mahu perjuangkan rakyat atau menjaga kepentingan tertentu saja selepas memperoleh kuasa nanti.

“Oleh itu, saya minta kepimpinan parti kembali kepada perjuangan asal untuk membantu masyarakat marhaen” katanya.

Normala bersama Naib Ketua PPBM Bahagian Kota Bharu, Mohd Nor Hashim Che Min dan sayap kepimpinan PPBM Kota Bharu sebelim ini menyatakan hilang kepercayaan terhadap parti itu terutama dalam isu pengagihan kerusi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pemimpin PPBM dan Pakatan Harapan termasuk Dr. Mahathir sebelum ini telah memberi amaran agar ahlinya tidak menggunakan media sebagai saluran jika tidak puas hati dalam penaggihan kerusi yang kini menjadi rebutan antara PKR, PPBM dan PAN. – Kedahnews.com


DI MANA KEBEBASAN BERSUARA DALAM PPBM? – KETUA SRIKANDI KOTA BHARU

Sekianlah artikel DI MANA KEBEBASAN BERSUARA DALAM PPBM? – KETUA SRIKANDI KOTA BHARU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca DI MANA KEBEBASAN BERSUARA DALAM PPBM? – KETUA SRIKANDI KOTA BHARU linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/di-mana-kebebasan-bersuara-dalam-ppbm.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "DI MANA KEBEBASAN BERSUARA DALAM PPBM? – KETUA SRIKANDI KOTA BHARU"

Posting Komentar