Kejutan Daripada BERSATU

Kejutan Daripada BERSATU - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kejutan Daripada BERSATU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kejutan Daripada BERSATU
link : Kejutan Daripada BERSATU

Baca juga


Kejutan Daripada BERSATU

Kejutan Daripada BERSATU. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini memfailkan saman pemula terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) kerana didakwa melakukan beberapa kesalahan bawah Akta Pertubuhan (Akta 335).

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla mengemukakan 5 sebab utama tindakan undang-undang diambil terhadap badan kerajaan itu yang dikatakan “berniat jahat” terhadap PPBM.

Kejutan Daripada BERSATU. Haniff di lobi Mahkamah Tinggi memberitahu pemeberita berkata saman ini meminta mahkamah membuat 4 pengisytiharaan dan 1 perintah halangan terhadap JPPM, bertujuan untuk memastikan badan itu bertindak selaras undang-undang.

“Yang pertama, PPBM memohon 1 perintah deklarasi bahawa JPPM bertanggungjawab menjalankan kuasa seperti yang diberi dan diselia bawah Akta Pertubuhan.

“Yang kedua, sekiranya ada apa-apa aduan atau siasatan yang perlu dilakukan terhadap PPBM, maka JPPM bertanggungjawab mengikut prosedur yang telah sedia ada di bawah Akta Pertubuhan.”

Haniff berkata pengisytiharaan ke-3 ialah apa yang dilakukan oleh JPPM yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan awam berbaur niat jahat atau “mala fide” adalah salah di bawah Akta Pertubuhan.


Kejutan Daripada BERSATU


“Yang keempat, mana-mana aduan yang dilakukan oleh mana-mana pihak terhadap PPBM hendaklah disiasat di bawah peruntukan perundangan yang sama.

“Perintah halangan yang dipohon akhir sekali adalah sehingga mahkamah membuat keputusan, maka JPPM tidak boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan awam yang memberi ketidakjelasan atau menimbulkan salah faham orang awam berkaitan kedudukan PPBM,” katanya.

Haniff merujuk kepada beberapa peristiwa yang membelenggu PPBM selepas penubuhannya pada September 2016. Ia diasaskan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa veteran Umno untuk melawan presiden Umno sedia ada, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut JPPM, kegagalan PPBM mematuhi perlembagaan parti dan Akta 335 merisikokan pendaftaran mereka dan melewatkan pendaftaran gabungan parti-parti pembangkang baharu, Pakatan Harapan.

Antara aduan terhadap PPBM yang pernah dilaporkan oleh media ialah kegagalan mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM), kegagalan mengadakan mesyuarat bahagian dan cawangan parti, menghantar perwakilan tidak dipilih oleh bahagian parti ke AGM dan perwakilan bahagian parti tidak dipilih oleh cawangan parti.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini berkata sebanyak 47 daripada 249 aduan yang diterima JPPM mengenai PPBM berkaitan pelanggaran perlembagaan parti.

PPBM telah mengadakan AGM pertama mereka Disember lepas. PPBM juga menggesa JPPM segera meluluskan penubuhan 21 bahagian parti agar jawatankuasa bahagian boleh digerakkan dan cawangan boleh ditubuhkan.

Kejutan Daripada BERSATU


Haniff berkata PPBM telah menghubungi JPPM bagi mendapatkan penjelasan tetapi tidak ada maklum balas positif mengenai perkara berbangkit.

“Memandangkan PPBM telah berdaftar sebagai satu pertubuhan rasmi sejak 8 September 2016, PPBM percaya setiap langkah dan tadbir urus PPBM telah dilaksanakan menurut keperluan perlembagaan PPBM yang diluluskan oleh JPPM sendiri dan juga peruntukan undang-undang Akta Pertubuhan.

“Tidak ada cacat cela dalam pentadbiran PPBM berkaitan perkara itu,” katanya.

Semalam, Pakatan Harapan turut memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi terhadap JPPM bagi mendesak badan itu menjawab pernyataan tentang status permohonan pendaftaran gabungan parti pembangkang itu.

Kejutan Daripada BERSATU.  Mengulas lanjut, Haniff berkata PPBM membawa perkara itu agar mahkamah meneliti dan memberi keputusan adil sama ada JPPM telah melanggar kewajipan di bawah undang-undang. - free malaysia today





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







Kejutan Daripada BERSATU

Sekianlah artikel Kejutan Daripada BERSATU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kejutan Daripada BERSATU linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/kejutan-daripada-bersatu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kejutan Daripada BERSATU"

Posting Komentar