MB KEDAH – TUNKU AZIZ BIDAS FITNAH ZAINUDDIN MAIDIN

MB KEDAH – TUNKU AZIZ BIDAS FITNAH ZAINUDDIN MAIDIN - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MB KEDAH – TUNKU AZIZ BIDAS FITNAH ZAINUDDIN MAIDIN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MB KEDAH – TUNKU AZIZ BIDAS FITNAH ZAINUDDIN MAIDIN
link : MB KEDAH – TUNKU AZIZ BIDAS FITNAH ZAINUDDIN MAIDIN

Baca juga


MB KEDAH – TUNKU AZIZ BIDAS FITNAH ZAINUDDIN MAIDIN

Bekas Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim membidas fitnah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang mendakwa beliau mempunyai niat untuk menjadi Menteri Besar Kedah bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata fitnah yang digembar-gemburkan itu sebenarnya berunsurkan politik ekoran kelantangan beliau menyoal tindak tanduk Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mohamad baru-baru ini.

Tunku Aziz berkata beliau tidak pernah bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Kedah seperti yang diuar-uarkan dan juga menegaskan bahawa beliau bukannya seorang yang kemaruk jawatan.

“Saya tidak pernah berniat mahu pun memasang angan-angan untuk menjadi Menteri Besar Kedah seperti yang digembar-gemburkan sebaliknya saya lebih menghabiskan masa tua saya dengan cucu.

“Apa motif saya yang sudah berumur 84 tahun untuk memegang jawatan seperti itu? Saya bukan seseorang yang kemaruk kuasa sehingga masih mahu terus pegang tampuk kuasa walaupun selepas 22 tahun pegang jawatan.

“Fitnah dan laporan tidak benar seperti ini sebenarnya bermotifkan politik dan kerja sia-sia. Saya tidak pernah mengadakan sebarang pertemuan empat mata dengan Ahmad Bashah sebelum ini.

“Saya ingin tegaskan, saya tidak berniat untuk jadi Menteri Besar atau mana-mana jawatan. Cukuplah, hentikan cerita karut seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini, menerusi blog Zainuddin Maidin yang dalam tulisannya bertajuk ‘Tunku Abdul Aziz keluarga Diraja bakal MB Kedah ganti Ahmad Bashah’, mendakwa Tunku Aziz cuba meyakinkan Perdana Menteri bahawa Menteri Besar Kedah kini tidak layak untuk meneruskan jawatan tersebut selepas Pilihan Raya Umum akan datang.

Tambah Tunku Aziz, dakwaan yang tidak masuk akal itu dibuat selepas sidang media oleh beliau yang menyoal Mahathir berhubung kebenaran bahawa beliau mahu anaknya, Mukhriz bertanding dalam PRU-14 akan datang atas tiket UMNO.

Bagaimana, beliau berkata buat masa ini beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk menyaman Zainuddin Maidin.

“Saya rasa pelik kerana beliau (Zainuddin Maidin) dulu seorang Menteri Komunikasi. Mengapa beliau boleh menulis dan mengeluarkan fakta tidak betul? Tidak mencerminkan langsung identiti itu.

“Saya juga pada masa yang sama bukan seorang pendendam atau mahu publisiti, saya tidak mempunyai sebarang niat untuk menyaman beliau kerana fitnah besar ini.

“Sebaliknya, saya percaya kepada kebebasan bersuara walaupun apa maklumat yang disampaikan oleh Zainuddin ini tidak betul dan tepat.

“Saya boleh memaafkan beliau, terpulang padanya untuk meminta maaf atau sebaliknya. Saya tidak kisah. Yang penting, saya hanya mahu membetulkan fakta ini,” katanya.

Sebenarnya mungkin Zainuddin Maidin yang lebih dikenali dengan Zam yang mahu menjadi Menteri Besar di Kedah selepas beberapa lama ketandusan jawatan politik di dalam negara.

Mungkin jika Zainuddin Maidin mencadangkan namanya kepada Mahathir, beliau akan dipertimbangkan untuk menjawat tersebut memandangkan usianya jauh lebih muda daripada Tunku Aziz. –Utaranews.com


MB KEDAH – TUNKU AZIZ BIDAS FITNAH ZAINUDDIN MAIDIN

Sekianlah artikel MB KEDAH – TUNKU AZIZ BIDAS FITNAH ZAINUDDIN MAIDIN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca MB KEDAH – TUNKU AZIZ BIDAS FITNAH ZAINUDDIN MAIDIN linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/mb-kedah-tunku-aziz-bidas-fitnah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MB KEDAH – TUNKU AZIZ BIDAS FITNAH ZAINUDDIN MAIDIN"

Posting Komentar