Malaysia Ke-5 Terbaik Dunia Untuk Pesara Global

Malaysia Ke-5 Terbaik Dunia Untuk Pesara Global - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia Ke-5 Terbaik Dunia Untuk Pesara Global, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia Ke-5 Terbaik Dunia Untuk Pesara Global
link : Malaysia Ke-5 Terbaik Dunia Untuk Pesara Global

Baca juga


Malaysia Ke-5 Terbaik Dunia Untuk Pesara Global

NAMA Malaysia bergema apabila diumum kelima tempat terbaik di dunia untuk bersara, menurut International Living, sebuah badan yang bantu individu cari tempat bersara dan peluang berhijrah.
Dalam Indeks Tahunan Bersara Sedunia bagi tahun 2018 diterbitkan pada 1 Januari lalu, Malaysia meraih 87.7 mata, hanya empat mata di belakang Costa Rica, sebuah negara di Amerika Tengah yang mendapat tempat pertama.

Indeks global tersebut menyenaraikan 24 buah negara persaraan terbaik dunia berdasarkan kepada 12 ukur tara seperti kos sara hidup, khidmat jagaan kesihatan, kemudahan hiburan, suasana cuaca dan aspek pemerintahan.

Malaysia negara Asia tunggal yang menduduki 10 tempat tertinggi senarai tersebut. Tempat kedua ialah Mexico, diikuti Panama dan Ecuador manakala selepas Malaysia ialah Colombia, Portugal, Nicaragua, Sepanyol dan Peru.

Koresponden Malaysia bagi International Living, Keith Hockton, menyifatkan negara tersebut “mudah untuk pesara menyesuaikan diri, boleh berbahasa Inggeris dan sebuah negara membangun yang bertaraf Dunia Pertama”.

Beliau turut mengatakan bahawa pasangan pesara dari negara maju mampu hidup selesa dengan hanya AS$1,500 (RM5,995) sebulan, atau hidup mewah dengan AS$2,500 (RM9,992) sebulan termasuk sewa rumah.

Malaysia juga mendapat mata paling tinggi bagi kategori hiburan dan kemudahan makanan disebabkan reputasinya sebagai syurga makanan terkenal di mana makanan tempatan berharga serendah AS$1.50 (RM6).

Dari segi khidmat penjagaan kesihatan pula, Hockton membuat perbandingan antara kos pembedahan lutut yang berharga cuma AS$4,000 (RM15,987) di Malaysia dengan AS$45,000 (RM179,856) di Amerika Syarikat (AS).

Namun demikian, dari segi diskaun dan faedah, terdapat ruang untuk diperbaiki di Malaysia dalam penyediaaan faedah yang lebih menyeluruh untuk golongan pesara antarabangsa terutama dari kelas sederhana rendah.

Costa Rica muncul mendapat tempat pertama untuk pesara global dengan mencatatkan mata paling tinggi bagi kos sara hidup rendah, keindahan alam semula jadi, juga penjagaan kesihatan dan hartanah termampu.

Menurut International Living lagi, “puluhan ribu” rakyat AS dan Kanada sudahpun tinggal di Costa Rica secara tetap mahupun sambilan. Satu pasangan boleh menyewa rumah sederhana dua bilik dengan harga AS$500 (RM1,998).

Malahan kos belanja barangan pasar AS$25 (RM100) seminggu. Negara-negara Asia lain yang tersenarai dalam indeks berkenaan termasuk Thailand, Kemboja, Filipina, Vietnam dan Indonesia. 


Malaysia Ke-5 Terbaik Dunia Untuk Pesara Global

Sekianlah artikel Malaysia Ke-5 Terbaik Dunia Untuk Pesara Global kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Malaysia Ke-5 Terbaik Dunia Untuk Pesara Global linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/malaysia-ke-5-terbaik-dunia-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Malaysia Ke-5 Terbaik Dunia Untuk Pesara Global"

Posting Komentar