Judul : Perang siber penentu menang kalah pilihanraya umum ke 14 - PM
link : Perang siber penentu menang kalah pilihanraya umum ke 14 - PM
Perang siber penentu menang kalah pilihanraya umum ke 14 - PM
Dewan Tun Razak 4,Pusat Dagangan Dunia Putra pada Sabtu penuh sesak padat mengisi sekitar 3,800 tentera siber UMNO yang hadir pada konvensyen media sosial di situ.
Semua berlangsung secara terbuka tidak ada sembunyi-sembunyi.
Ini adalah julung kali konvensyen seumpama itu anjuran Biro IT UMNO menghimpunkan sebegitu ramai pengiat media sosial yang menyokong parti dari seluruh negara.
Perdana Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyampaikan ucaputama di hujung konvensyen itu nampak cukup teruja melihat pancaran semangat tentera siber parti yang menyelubungi dewan itu.
Tanpa berselindung beliau secara terbuka mengakui perang siber adalah penentu menang kalah pilihanraya umum ke 14 nanti yang disifatkannya ibu segala pilihanraya setakat ini.
Oleh itu katanya pengiat media sosial UMNO tidak boleh menghadapi hari-hari menjelang pilihanraya itu sebagai ‘ business as usual’.
Najib menilai keutuhan perang siber adalah lebih berkesan dan menjimatkan dalam menyalurkan malumat berbanding perhimpunan ribuan orang ahli parti dalam stadium.
Katanya melalui medium media sosial maklumat dan mesej yang hendak disampaikan boleh disalurkan terus dalam masa sekejap kepada jutaan orang.
Beliau memberi contoh mengenai jumlah pengikutnya di facebook seramai 3.8 juta orang.
Sebaliknya kata Perdana Menteri adalah sesuatu usaha yang meletihkan untuk menghimpunkan jumlah orang yang ramai dalam sebuah stadium.
Najib kesal kerana kebelakangan ini terdapat terlalu banyak berita palsu dan tuduhan tidak berasas menular di media sosial yang mahu menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai pemimpin negara.
Menurutnya misalnya dakwaan konon beliau beri RM90 juta kepada PAS adalah karut.
"(Contohnya) saya tak bagi duit pada PAS (seperti dakwaan (pengasas dan editor Sarawak Report) Clare Rewcastle Brown), sebab tu PAS saman Sarawak Report... Clare pun dah menggelabah, tapi saya tak boleh komen kerana ia kes mahkamah, " katanya.
Begitu juga dengan kisah yang hendak mengaitkan beliau Altantuya dulu menerusi lakaran palsu beliau bersama wanita Mongolia itu.
Perdana Menteri juga memberitahu mengenai dakwaan kononya isterinya turut serta dalam mesyuarat kabinet menerusi gambar yang disebar.
Katanya sedangkan gambar berkenaan ialah semasa beliau sedang lakukan lawatan rasmi ke China dan Sultan Perak mangkat.
Najib berkata waktu itu mereka berbincang soal hendak pulang ke Malaysia.
Beliau tidak mahu pengiat media sosial UMNO ambil mudah fitnah dan pembohongan kerana mendapati orang mudah percaya jika tidak ditangkis.
Contohnya kisah 40,000 orang pengundi hantu Bangladesh yang disebar pada hari mengundi pilihanraya umum ke 13.
Katanya ia tidak masuk akal samasekali kerana untuk mengangkut 40,000 orang Bangla memerlukan 1,000 buah pesawat Boeing 747.
Namun katanya agak menghairankan orang boleh percaya cerita mengarut ini.
Najib menyeru anggota UMNO khususnya untuk mempergiatkan usaha menangkis pembohongan dan fitnah kerana penularan berita palsu di media sosial akan terus menjadi 'modal' pihak pembangkang.
Menurutnya, anggota UMNO perlu rajin, bersungguh-sungguh dan berani mengeluarkan pendapat mereka di media sosial termasuk berkaitan dasar-dasar kerajaan.
"Kalau dalam dewan ni yang lebih kurang 3,800 anggota UMNO respons setiap kali saya tweet atau muat naik dalam Facebook, kita akan menawan perang siber, kita akan menang!."
"Saya bergantung kepada pejuang-pejuang maya untuk menang PRU14 dan kalau kita nak pertahankan kerajaan, perlu kerja bersungguh-sungguh supaya PRU14 milik kita," katanya.
Dalam pada itu, beliau dalam nada tegas mengingatkan anggota UMNO untuk tidak bertelagah sesama sendiri di media sosial kerana musuh utama adalah pembangkang.
"Musuh kita adalah pembangkang, jangan ada 'friendly fire' sesama kita... kadang-kadang kita cemburu sesama kita. Saya tak suka perangai ini, PRU nak dekat dah. Walau kita tak suka dia, tak suka tengok muka dia, jangan 'friendly fire'," katanya.

Sekianlah artikel Perang siber penentu menang kalah pilihanraya umum ke 14 - PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Perang siber penentu menang kalah pilihanraya umum ke 14 - PM linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/perang-siber-penentu-menang-kalah.html
0 Response to "Perang siber penentu menang kalah pilihanraya umum ke 14 - PM"
Posting Komentar