Dakwaan DAP hina anggota ATM – Johari Baharum

Dakwaan DAP hina anggota ATM – Johari Baharum - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dakwaan DAP hina anggota ATM – Johari Baharum, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dakwaan DAP hina anggota ATM – Johari Baharum
link : Dakwaan DAP hina anggota ATM – Johari Baharum

Baca juga


Dakwaan DAP hina anggota ATM – Johari Baharum

Kerajaan tidak mempergunakan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk meraih undi semasa pilihan raya umum, sebaliknya penempatan mereka di kawasan tertentu adalah demi keselamatan negara.

Jelas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Johari Baharum, dakwaan pembinaan kem tentera di Sembrong oleh Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong juga disifatkan menghina pasukan berkenaan seolah-olah  mudah dipergunakan.

“Tujuan kita membina kem di Sembrong serta 11 kem tentera di seluruh negara tidak mempunyai rkaitan dengan politik, sebaliknya untuk tujuan keselamatan.

“Jika nak kata pembinaan kem di Sembrong untuk menyelamatkan Ahli Parlimennya yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, saya rasa beliau sudah selesa di sana,” katanya di Jitra hari ini.

Sebelum ini, Wakil rakyat DAP, Chin Tong mendakwa pembinaan kem tentera baharu membuktikan BN menggunakannya untuk meningkatkan pengundi di kawasan pilihan raya yang menang dengan majoriti tipis dalam PRU sebelum ini.

Chin Tong (foto) dilaporkan menyebut bahawa  kem tentera berkenaan terletak di kawasan utama termasuk Segamat, Johor, yang dipegang oleh Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam dan Hutan Melintang, Perak dalam Parlimen Bagan Datuk yang disandang oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pada masa sama, Johari yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu menegaskan kementeriannya tidak berkompromi mengenai keselamatan dan akan menempatkan anggotanya di mana saja walaupun tanpa kem yang besar.

Katanya, terdapat banyak bangunan yang disewa oleh ATM di kawasan tertentu dan juga menggunakan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan.

“Biarpun kem belum siap dibina sepenuhnya tapi kementerian tetap akan menempatkan anggota di kem terbabit bagi tujuan taktikal dan teknikal,” kata Johari lagi.


Dakwaan DAP hina anggota ATM – Johari Baharum

Sekianlah artikel Dakwaan DAP hina anggota ATM – Johari Baharum kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Dakwaan DAP hina anggota ATM – Johari Baharum linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/dakwaan-dap-hina-anggota-atm-johari.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dakwaan DAP hina anggota ATM – Johari Baharum"

Posting Komentar