Judul : Jemputan Tun M Dan Isteri Ke Majlis Lafaz Sumpah Agong Di Batalkan
link : Jemputan Tun M Dan Isteri Ke Majlis Lafaz Sumpah Agong Di Batalkan
Jemputan Tun M Dan Isteri Ke Majlis Lafaz Sumpah Agong Di Batalkan
KUALA LUMPUR: Jemputan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menghadiri majlis melafaz dan menandatangani surat sumpah Yang di-Pertuan Agong ke-15 minggu depan dibatalkan, menurut surat yang tersebar luas di media sosial.
Ketika dihubungi, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengesahkan surat bertarikh 5 Disember, 2016 itu dihantar kepada bekas perdana menteri dan isterinya.
Surat ditandatangani Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad antara lain menjelaskan pembatalan itu kerana pihaknya tidak dapat menyediakan tempat duduk.
“Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika YABhg. Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg Tun,” menurut surat itu.
Surat itu turut dikongsi daam Twitter milik anak sulung Dr Mahathir, Datin Paduka Marina Mahathir.
Istiadat melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V dari Kelantan, dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazri Shah dari Perak, pada 13 Disember ini. #sumber
Jemputan Tun M Dan Isteri Ke Majlis Lafaz Sumpah Agong Di Batalkan
Sekianlah artikel Jemputan Tun M Dan Isteri Ke Majlis Lafaz Sumpah Agong Di Batalkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Jemputan Tun M Dan Isteri Ke Majlis Lafaz Sumpah Agong Di Batalkan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/jemputan-tun-m-dan-isteri-ke-majlis.html
0 Response to "Jemputan Tun M Dan Isteri Ke Majlis Lafaz Sumpah Agong Di Batalkan"
Posting Komentar