Judul : Bukan Serbuan, Kata Pengarah JAIS Selepas ‘Suspek Khalwat’ Maut
link : Bukan Serbuan, Kata Pengarah JAIS Selepas ‘Suspek Khalwat’ Maut
Bukan Serbuan, Kata Pengarah JAIS Selepas ‘Suspek Khalwat’ Maut
KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mempertahankan tindakan penguatkuasanya menyasarkan pasangan Islam yang disyaki berkhalwat, sehari selepas dua kejadian berasingan melibatkan kematian dan kecederaan parah.
“Semasa pegawai JAIS menjalankan siasatan, semua peraturan telah mengikut SOP yang ditetapkan,” kata Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim.
“Pegawai JAIS hanya menjalankan siasatan setelah menerima aduan.”
Semalam, seorang anggota polis maut apabila terjun dari tingkat 4 sebuah pangsapuri di Pandan Perdana, Cheras, ketika penguat kuasa JAIS melakukan serbuan.
Dalam serbuan berasingan di Taman Puchong Perdana pula, seorang anggota polis cedera dan dalam keadaan kritikal selepas terjun dari sebuah pangsapuri.
Haris meminta orang ramai tidak menganggap operasi yang dilakukan JAIS sebagai serbuan.
“JAIS bukannya membuat ‘serbuan’ seperti serbuan di tempat sensitif atau serbuan di kawasan penjenayah,” katanya.
Kejadian semalam bukan yang pertama melibatkan kematian dan kecederaan suspek khalwat yang cuba melarikan diri daripada pegawai penguatkuasa agama,
Ogos lalu, seorang wanita yang cuba lari daripada pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menerusi tingkap bilik sebuah hotel cedera selepas jatuh di atas jalan raya.
Pada Mei 2011, seorang bekas anggota polis maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah bangunan apabila cuba mengelak tangkapan pegawai Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI).
Pada April 2010, seorang pelajar berusia 21 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 5 sebuah pangsapuri di Gombak, dipercayai ketika cuba melarikan diri dari serbuan sepasukan pegawai masjid. #sumber
Bukan Serbuan, Kata Pengarah JAIS Selepas ‘Suspek Khalwat’ Maut
Sekianlah artikel Bukan Serbuan, Kata Pengarah JAIS Selepas ‘Suspek Khalwat’ Maut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Bukan Serbuan, Kata Pengarah JAIS Selepas ‘Suspek Khalwat’ Maut linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/bukan-serbuan-kata-pengarah-jais.html
0 Response to "Bukan Serbuan, Kata Pengarah JAIS Selepas ‘Suspek Khalwat’ Maut"
Posting Komentar