Judul : Keputusan Sabitan "Kes Liwat" Anwar Ibrahim Di Ketahui 14 Dis Ini !
link : Keputusan Sabitan "Kes Liwat" Anwar Ibrahim Di Ketahui 14 Dis Ini !
Keputusan Sabitan "Kes Liwat" Anwar Ibrahim Di Ketahui 14 Dis Ini !
KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperoleh semakan kehakiman daripada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan mengekalkan sabitan kesalahan serta hukuman penjara kerana meliwat hanya diketahui pada 14 Disember.
Anwar berusaha mengetepikan sabitannya dan hukuman penjara 5 tahun yang dijatuhi Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 kerana mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 31.
Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan keputusannya pada tarikh itu mengenai permohonan Anwar untuk mendapatkan semakan semula keputusan panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini.
Seorang daripada peguam yang mewakili Anwar, Latheefa Koya, memberitahu media yang Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, dalam sepucuk surat kepada Tetuan Daim & Gamany bertarikh 5 Dis, memaklumkan Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan keputusannya pada 9 pagi, 14 Dis.
Anwar memohon Mahkamah Persekutuan menggunakan Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 dan menyemak semula keputusan panel 5 anggota yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.
Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 membenarkan pihak yang kalah memohon mendapatkan semakan semula terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan.
Walaupun Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa menyemak semula keputusannya sendiri bagi mencegah berlaku ketidakadilan dan salah guna proses mahkamah, selalunya ia hanya digunakan bagi keadaan sangat luar biasa.
Anwar, 69, sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadapnya pada 10 Feb 2015.
Setakat ini, beliau menjalani hukuman itu selama hampir setahun 10 bulan. Sekiranya permohonan semakan semula kehakiman itu memberi kemenangan kepada Anwar, beliau akan dibebaskan daripada penjara kerana tidak akan ada lagi sabitan serta boleh bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang perlu diadakan tidak lewat daripada Jun 2018.
Pada 12 Okt, panel hakim 5 anggota Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menangguhkan penghakimannya ke suatu tarikh yang akan ditetapkan setelah mendengar hujah peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili Anwar dan Ketua Bahagian Perbicaran dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, yang mengetuai pasukan pendakwaan.
Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan berkenaan atas alasan mahkamah itu tidak dapat 100% pasti tentang integriti sampel yang diambil bagi ujian DNA daripada orang yang didakwa menjadi mangsa.
Mahkamah itu memutuskan sampel berkenaan mungkin diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi itu dan mendapati Anwar bersalah kerana meliwat Mohd Saiful dan memutuskan hakim perbicaraan terkhilaf dalam dapatannya tentang sampel yang berdasarkan keterangan 2 saksi pakar yang dipanggil pihak pendakwa.
Mahkamah Persekutuan berkata ia mengekalkan sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhi Mahkamah Rayuan setelah mengambil kira keseriusan kesalahan dan tindakan Anwar yang didakwa mengambil kesempatan daripada kedudukannya sebagai majikan seorang mangsa muda.
Anwar didakwa melakukan kesalahan itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. #sumber
Keputusan Sabitan "Kes Liwat" Anwar Ibrahim Di Ketahui 14 Dis Ini !
Sekianlah artikel Keputusan Sabitan "Kes Liwat" Anwar Ibrahim Di Ketahui 14 Dis Ini ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Keputusan Sabitan "Kes Liwat" Anwar Ibrahim Di Ketahui 14 Dis Ini ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/keputusan-sabitan-kes-liwat-anwar.html
0 Response to "Keputusan Sabitan "Kes Liwat" Anwar Ibrahim Di Ketahui 14 Dis Ini !"
Posting Komentar