10 sebab bajet pembangkang merapu...

10 sebab bajet pembangkang merapu... - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 10 sebab bajet pembangkang merapu..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 10 sebab bajet pembangkang merapu...
link : 10 sebab bajet pembangkang merapu...

Baca juga


10 sebab bajet pembangkang merapu...

Bajet alternatif pakatan pembangkang tidak lain tidak bukan hanyalah sekadar madah politik untuk mengaburi mata rakyat.

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata, bertahun-tahun pembangkang hanya melakonkan peranan yang sama.

"Pembangkang semalam telah melancarkan bajet alternatif mereka.Seperti sebelum ini, bajet alternatif yang menjanjikan bulan bintang ini digarapkan dengan penulisan bermadah yang cuba memukau rakyat Malaysia. Tetapi persoalan utamanya, kenapa pendirian pembangkang sentiasa berubah?

"Kalau dilihat pada rekod bajet alternatif pembangkang beberapa tahun kebelakang, kita dapat saksikan bagaimana mereka secara tidak bertanggungjawab menjanjikan bulan bintang kepada rakyat. Pada masa yang sama juga, setiap tahun pendirian mereka berubah-ubah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Budiman, bajet alternatif yang dibentangkan pembangkang memperlihatkan dasar dan janji yang berubah-ubah sekaligus menunjukkan mereka ini langsung tiada pendirian dan tidak layak menjadi kerajaan.

"Contoh mudah adalah GST. Pada suatu ketika mereka berjanji untuk menghapuskan GST, pada suatu ketika pula mereka akan kekalkan GST. Begitu juga janji mereka tentang PTPTN. Dahulu mereka janji akan menghapuskan PTPTN, pada tahun ini pula mereka hanya berjanji untuk menangguhkan pembayaran PTPTN kepada graduan baru bergaji kurang RM4,000.

"Jika sebelum ini, Tun Dr. Mahathir berulang kali menyatakan sebelum ini pemberian BR1M adalah suatu bentuk rasuah oleh pihak kerajaan. Tetapi dalam bajet alternatif pembangkang ini mereka telah menyatakan kepentingan BR1M kepada rakyat terutamanya golongan yang memerlukan bantuan. Mereka mengakui keberkesanan BR1M dalam mengurangkan tekanan kos sara hidup dan mereka akhirnya berjanji untuk meneruskan pemberian BR1M," katanya.

Ujarnya lagi, jika sebelum ini pemimpin pembangkang menggunakan penarikan subsidi gula utk menghentam kerajaan, tetapi dalam bajet alternatif, mereka telah menyatakan tidak akan mengembalikan subsidi gula dan  pada sama mengulang gesaan kerajaan agar rakyat mengambil gula pada kadar yang perlu sahaja demi kebaikan kesihatan.

"Kalau dibaca sehingga habis bajet alternatif pembangkang ini, dalam mukasurat 76 tentang naratif keluarga di Malaysia pada tahun 2030, pembangkang secara jelas menyatakan kerajaan BN berdekad-dekad gagal membina Lebuhraya Pan-Borneo. Adakah secara tidak langsung mereka memperlecehkan pengerusi mereka yang lebih dua dekad menjadi PM tetapi gagal membawa perubahan besar untuk Sabah dan Sarawak?

"Mengikut rekod, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak belum sampai sedekad pun menjadi Perdana Menteri, tetapi kita boleh lihat Lebuhraya Pan-Borneo sedang rancak dijalankan," katanya.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia seharusnya melihat dengan sudut pandang yang lebih luas tentang kredibiliti pihak pembangkang yang teringin benar untuk mentadbir negara ini.

"Saya sebagai rakyat Malaysia berasa sangat bersyukur mereka ini tidak menjadi kerajaan. Sudahlah pakatan lama mereka musnah, ditubuhkan pula pakatan baru yang tidak jelas arahan dan siapa ketuanya.

"Jika mereka ini menjadi kerajaan, kita tidak pasti bagaimana mereka mampu mengemudi bahtera negara ini," katanya.

Berikut disiarkan surat pembaca Madi Azmadi yang diemailkan kepada Agendadaily mengulas bajet pembangkang 2018

10 Sebab Bajet Bulan Bintang Pembangkang Merapu, Tidak Praktikal

1) GST kadar sifat, SST diperkenal semula

PH akan mengekalkan GST (kini 6%) tetapi berkadar sifar. Mereka akan memperkenalkan semula SST (10% atau 10% + 6%). PH mensasarkan kutipan SST sebanyak RM16.5b (berbanding GST RM42b). Penghapusan GST kelak tidak mungkin mengurangkan harga semasa barangan. Ditambah dengan pengenalan semula SST, harga barangan dijangka melambung naik kerana harga semasa akan ditambah pula beban baru menerusi cukai SST.

2 )GST kadar sifar merangsang perbelanjaan, CITA meningkat

PH merasakan dengan meletakkan GST pada kadar sifar akan merangsang perbelanjaan individu. Apabila perbelanjaan individu bertambah, maka keuntungan syarikat pengeluar barangan juga akan meningkat. Mereka mengharapkan jika ini berlaku, mereka mampu mengutip cukai pendapatan syarikat (CITA) dengan lebih tinggi. Namun SST yang akan diperkenalkan semula akan menyebabkan harga barangan meningkat. Individu terpaksa membayar dengan harga yang lebih mahal berbanding harga semasa (rujuk point 1). Impian kutipan CITA yang lebih tinggi hanyalah sekadar mimpi.

3) GST kadar sifar akan meningkatkan penjualan rumah dan kereta; kutipan duti eksais, import, setem dan RPGT akan meningkat

Kenaikan harga barangan akibat pengenalan semula SST (rujuk point 2) akan menyebabkan pembelian rumah dan kereta tidak akan meningkat kerana rakyat akan terus berkira-kira untuk perbelanjaan lain, keadaan mungkin lebih parah daripada keadaan ketika ini. Oleh sebab itu, sasaran PH untuk mengutip duti eksais, import, setem dan keuntungan hartanah (RPGT) yang lebih tinggi tidak mungkin akan tercapai. Ini kerana rakyat masih akan terbeban dengan kenaikan inflasi akibat dasar pengenalan semula SST (rujuk point 1).

4) Gaji minimum RM1,500

PH mencadangkan gaji minimum dinaikkan kepada RM1500. Jumlah kenaikan dari gaji semasa akan dikongsi secara bersama antara majikan dan kerajaan bagi tempoh 3 tahun (50:50). Kita tidak boleh nafikan perlunya ada peningkatan gaji pekerja. Sebab itu juga kerajaan memperkenalkan gaji minimum dengan kenaikan yang bertanggungjawab. Tetapi realitinya, peningkatan mendadak sehingga 25% (RM1000 kepada RM1250) akan menyebabkan kesukaran bagi pihak majikan terutamanya kepada pemain industri kecil sederhana (IKS).

Seperti keadaan ketika pengenalan gaji minimum sebelum ini, setiap syarikat dijangka akan menaikkan harga jualan produk mereka kerana kos operasi mereka akan turut sama meningkat. Selepas 3 tahun perkongsian bersama 50:50 tamat, sekali lagi keadaan kenaikan harga akan berlaku. Selain itu, terdapat risiko adanya syarikat yang terpaksa mngurangkan pekerja bagi menampung kenaikan kos operasi mereka.

5) Penangguhan bayaran PTPTN
PH menjanjikan mana-mana graduan yang bergaji kurang RM4 ribu tidak perlu membayar balik pinjaman mereka sehinggalah mereka mencapai jumlah gaji RM4 ribu. PTPTN perlu meminjam dari pelbagai sumber seperti bank untuk mendapatkan dananya. Dana PTPTN tidak turun dari langit. Pinjaman itu pula ada interest yang perlu dibayar. Untuk rekod, kerajaan sehingga kini menjamin RM40 bilion pinjaman yang dibuat PTPTN.

Penangguhan bayaran pinjaman PTPTN bakal menyaksikan kerajaan terpaksa menanggung interest yang terus bertambah. Bagi lepasan ijazah, gaji permulaan mereka mungkin sekitar RM2,600 sehingga RM3,400. Dengan kenaikan purata 5%-10% setahun atau melalui kenaikan pangkat, tempoh masa yang diambil mungkin hanya 3 tahun untuk mencecah angka RM4,000. Tetapi bagi lepasan diploma, gaji permulaan mereka hanya berlegar sekitar RM1,600 sehingga RM2,000. Makanya, masa yang lebih lama diperlukan untuk mencecah RM4,000.

Tempoh masa ini akan menyebabkan liabilti PTPTN dan kerajaan akan terus bertambah (tambahan dari interest) selain perlunya tambahan dana baru kerana PTPTN asasnya memerlukan peminjam untuk membayar pinjaman mereka supaya bayaran tersebut akan dijadikan dana untuk digunakan peminjam baru.

6) BR1M kekal, subsidi gula tidak kembali

Selama ini rakyat dihidangkan dengan ungkapan BR1M senagai rasuah dan dedak dari kerajaan. Bajet alternatif PH akhirnya mengaku BR1M sememangnya telah membantu rakyat, makanya PH akan mengekalkan pemberian BR1M.

Pembangkang juga sebelum ini hebat menghentam kerajaan apabila subsidi gula ditarik, tetapi akhirnya dalam bajet alternatif ini, mereka mengulangi gesaan kerajaan agar rakyat mengurangkan penggunaan gula (mukasurat 28) dan subsidi gula tidak akan dikembalikan.

7) Subsidi minyak dikembalikan bersyarat

PH selama ini berjanji akan mengembalikan subsidi minyak jika mereka memerintah. Dalam bajet ini mereka akan laksanakan. Tetapi jika anda menggunakan kenderaan selain motosikal, kereta Kancil atau Viva, seeloknya anda lupakan terus perasaan nikmat itu. PH hanya akan mengembalikan subsidi minyak kepada kenderaan bawah 1000cc sahaja.

8) Ambil alih semua lebuhraya dan hapuskan tol

PH berjanji akan mengambil alih semua konsesi lebuhraya dan menghapuskan subsidi. Tetapi yang pastinya mereka langsung tak nyatakan dari mana sumber yang mereka akan guna untuk ambil kesemua lebuhraya di Malaysia. Harga lebuhraya PLUS sahaja adalah RM36 bilion. Itu tidak temasuk kos penyelenggaraan jalan, cerun, bukit, lampu yang ada di kesemua lebuhraya jika pengambilalihan berlaku. Tiada perincian bagaimana dana akan diperolehi oleh PH.

9) Hapus rasuah, perbelanjaan dijimatkan

Semua rakyat Malaysia inginkan negara kita bebas rasuah. Pemimpin politik kedua-dua belah blok ada kisah rasuahnya. Di sebelah BN, ada Isa Samad, Latif Bandi dan lain-lain. Di sebelah pembangkang ada Lim Guan Eng, Zahid Md Arip dan Shafie Apdal. Bersalah atau tidak kita biarkan mahkamah tentukan. Tetapi apa yang pasti, kerja naik taraf Kota Darul Ehsan bernilai RM10 juta langsung tidak masuk akal.

10) Hutang negara

Merujuk point 1 sehingga 9 yang mana bajet PH langsung tidak praktikal akibat daripada kegagalan mengutip hasil yang sepatutnya dan perbelanjaan yang akan terus bertamban akibat menjanjikan bulan bintang, elok rasanya dilupakan hasrat PH untuk mengurangkan hutang negara.


10 sebab bajet pembangkang merapu...

Sekianlah artikel 10 sebab bajet pembangkang merapu... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca 10 sebab bajet pembangkang merapu... linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/10-sebab-bajet-pembangkang-merapu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "10 sebab bajet pembangkang merapu..."

Posting Komentar