BAJET PH BAJET POPULIS, MENJANJIKAN BULAN BINTANG

BAJET PH BAJET POPULIS, MENJANJIKAN BULAN BINTANG - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BAJET PH BAJET POPULIS, MENJANJIKAN BULAN BINTANG, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BAJET PH BAJET POPULIS, MENJANJIKAN BULAN BINTANG
link : BAJET PH BAJET POPULIS, MENJANJIKAN BULAN BINTANG

Baca juga


BAJET PH BAJET POPULIS, MENJANJIKAN BULAN BINTANG

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Bajet 2018 pada 27 Oktober depan (Jumaat) jam 3.30 petang, tetapi hari ini Pakatan Harapan (PH) lebih sudu dari kuah pula.

Mereka juga tanpa segan silu mengumumkan belanjawan mereka, namun apa yang dipaparkan tidak realistik dan hanya bersifat populis.

Mana tidaknya, jika dilihat kepada inti pati apa yang ‘presiden’ mereka bentangkan, boleh dikatakan hanya salin kulit baru sahaja daripada bajet tahun lepas, mungkinkah sudah tidak mempunyai idea barang kali.

Perlu diingat, apabila pihak pembangkang membentangkan ‘bajet’ ramai yang menyatakan nampak menarik namun sedarkah kita ‘bajet’ itu lebih sekadar mengejar pengaruh atau boleh disamakan penuh fantasi menjanjikan bulan dan bintang.

Mungkin ramai yang akan berfikir mengapa PH boleh buat ‘bajet’ yang lebih menarik daripada kerajaan, mengapa kerajaan tidak boleh buat seperti PH?

Soalan ini bakal berlegar-legar di kotak fikiran rakyat, awas saudara-saudari sekalian, sudah pasti nampak menarik dan mudah dirancang jika tidak melibatkan wang ringgit, mereka boleh bercakap apa sahaja tanpa had, hanya letakkan angka dan statistik, sudah pasti menarik namun bila menjadi kerajaan, belum tentu dapat laksanakannya.

Bajet PH yang dibentangkan sentiasa memasang ‘umpan’ seperti sebelum-sebelum ini bagi mengumpan rakyat agar memberikan sokongan, mengumpan rakyat Sabah dan Sarawak dengan peruntukan dana pembangunan berjumlah RM75 bilion kerana sedar, BN amat kuat di Kepulauan Borneo.

Bukan itu sahaja, mereka turut mengintai peluang dengan mengumpan mahasiswa dengan menggunakan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), ingat apa yang mereka lakukan sebelum ini, menghasut rakyat untuk tidak membayar PTPTN, akhirnya graduan itu yang bermasalah apabila disenarai hitamkan ke luar negara.

Malah yang lebih fantasinya, mereka ini ibarat meludah ke langit, akhirnya terkena diri mereka sendiri, masih ingatkah kita pada kenyataan Godfather mereka ketika ini, Tun Mahathir mengkritik pemberian BR1M dan menghina penerima bantuan berkenaan sebagai penerima dedak dan rasuah daripada kerajaan, kini mereka sendiri mengakui keberkesanannya dan tersenarai dalam bajet mereka sendiri, yang ini memang menjerat diri.

Sudahlah menghina, mengkritik usaha kerajaan dalam mengurangkan beban rakyat, kini mereka sendiri yang menceduk idea kerajaaan untuk diguna pakai.

Benarlah kata pepatah, hati orang yang bodoh itu di mulutnya, dan lidah orang yang cerdik itu di belakang hatinya! Orang bodoh akan berkata-kata tanpa berfikir sebaik mungkin dahulu sebagaimana layaknya orang pandai.

Baiklah lupakan tentang angan-angan dan janji-janji mereka, cuba kita mahu tahu dari manakah sumber pendapatan yang diperoleh apabila menyatakan jumlah keseluruhan perbelanjaan pada paras RM258.52 bilion dengan tawaran untuk memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan tol lagi.

Malah mereka menyatakan mereka memperuntuk RM200.16 bilion untuk tujuan mengurus dan RM58.35 bilion untuk belanja pembangunan.

Persoalannya, mereka tidak menyatakan secara teliti sumber pendapatan diperolehi.

Oleh itu, tidak lain dan tidak bukan, dan sudah terang lagi bersuluh, seperti biasa ia adalah bajet populis sahaja, bajet yang hanya dibuat untuk membolehkan rakyat menerima mereka, simple!

Apa yang boleh kita rumuskan, bercakap memang mudah sebab pembangkang bukanlah kerajaan yang mentadbir, bercakap tidak keluarkan peruntukan dan dana malah jauh sekali mempunyai rasa tanggungjawab.

Ya, akhirnya sempurna apabila pihak mereka turut bersetuju walaupun bukan secara zahirnya, pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak melalui pelbagai pendekatan yang dibawa berjaya membantu penduduk dan golongan sasar. –Tv14


BAJET PH BAJET POPULIS, MENJANJIKAN BULAN BINTANG

Sekianlah artikel BAJET PH BAJET POPULIS, MENJANJIKAN BULAN BINTANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca BAJET PH BAJET POPULIS, MENJANJIKAN BULAN BINTANG linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/bajet-ph-bajet-populis-menjanjikan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BAJET PH BAJET POPULIS, MENJANJIKAN BULAN BINTANG"

Posting Komentar