Judul : PDRM CADANG NAIK ELAUN KHAS ANGGOTA UTK
link : PDRM CADANG NAIK ELAUN KHAS ANGGOTA UTK
PDRM CADANG NAIK ELAUN KHAS ANGGOTA UTK
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan kepada kerajaan tentang kenaikan kadar elaun khas anggota dan pegawai Unit Tindak Khas (UTK) supaya selari dengan keadaan semasa dan risiko skop penugasan pasukan itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, sudah lebih 10 tahun kadar elaun itu tidak dikaji dan kini tiba masanya kerajaan mempertimbangkan kenaikan berbanding hanya RM750 hingga RM900 sebulan yang diterima oleh 410 ahli pasukan elit tersebut.
Menurutnya, pihaknya sudah ada kertas cadangan berhubung permohonan elaun lebih munasabah.
“Diharap kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya kerana tugas setiap individu dalam pasukan elit ini bukannya mudah dan mereka juga mempunyai kemahiran tinggi dalam menjayakan sesuatu misi khas.
“Kemahiran dalam menembak tepat, selam tempur dan pakar letupan dimiliki para operatif unit ini merupakan antara kemahiran tambahan, sekali gus menjadikan mereka individu yang bernilai tinggi yang memerlukan usaha keras dan latihan intensif,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri lawatan kerja ke UTK di Lapang Sasar Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah Cheras, di sini hari ini.
Turut serta, Komander UTK, Datuk Mastor Mohd Ariff; Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Seri Mohmad Salleh.
Dalam pada itu, Mohamad Fuzi berkata, pihaknya juga menyasarkan pertambahan 340 lagi pegawai dan anggota dalam UTK.
Katanya, ia sebagai persiapan bagi menangani ancaman di masa akan datang.
“Setakat ini UTK memiliki 410 pegawai serta anggota termasuk pembabitan sembilan wanita. Jumlah ini akan ditambah dengan sasaran 750 orang di masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata, sekarang pelbagai ancaman daripada dalam dan luar negara berlaku contohnya ancaman keselamatan di perairan Sabah dan kumpulan militan.
“Kita tidak tahu apa lagi ancaman di masa akan datang jadi kita perlu memperbanyakkan anggota unit elit ini dari sekarang.
“Kita yakin dapat mempertingkatkan kecemerlangan dan kemampuan pasukan elit ini supaya setanding dengan pasukan elit di seluruh dunia,” katanya.

Sekianlah artikel PDRM CADANG NAIK ELAUN KHAS ANGGOTA UTK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PDRM CADANG NAIK ELAUN KHAS ANGGOTA UTK linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/pdrm-cadang-naik-elaun-khas-anggota-utk.html
0 Response to "PDRM CADANG NAIK ELAUN KHAS ANGGOTA UTK"
Posting Komentar