MAHFUZ BERI TAHU RAHSIA KENAPA DIA TIDAK MAHU TINGGALKAN PAS

MAHFUZ BERI TAHU RAHSIA KENAPA DIA TIDAK MAHU TINGGALKAN PAS - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAHFUZ BERI TAHU RAHSIA KENAPA DIA TIDAK MAHU TINGGALKAN PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAHFUZ BERI TAHU RAHSIA KENAPA DIA TIDAK MAHU TINGGALKAN PAS
link : MAHFUZ BERI TAHU RAHSIA KENAPA DIA TIDAK MAHU TINGGALKAN PAS

Baca juga


MAHFUZ BERI TAHU RAHSIA KENAPA DIA TIDAK MAHU TINGGALKAN PAS

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar enggan meninggalkan Pas kerana ada ‘mesej’ yang ingin disampaikan kepada ahli parti.

Mahfuz ketika bercakap kepada Sinar Online mengaku beliau mahu membuktikan sesiapa sahaja berhak mempunyai pandangan dan pendirian yang berbeza dalam parti.

“Saya mahu kekal di sini. Saya tidak akan ke mana-mana termasuk PPBM, PKR, atau PAN. Saya hanya mahu berada dalam Pas.

“Saya mahu buktikan yang tidak salah jika kita mempunyai pandangan politik berbeza daripada parti. Kita tidak perlu keluar parti dan boleh terus bebas menyuarakan pandangan kita,” katanya.

Beliau dalam masa sama menafikan kecenderungannya dalam menyokong lawan kepada partinya, iaitu Amanah.

Menurut Mahfuz, sokongannya hanya diberikan kepada Pakatan Harapan (Harapan) yang diyakini mempunyai potensi untuk menyaingi BN pada PRU akan datang.

“Hanya Harapan sahaja yang mampu mengubah corak arena politik negara. Kita tidak boleh mengharapkan Pas yang hanya mensasarkan 44 kerusi pada PRU nanti.

“Sekiranya menang 44 kerusi sekalipun, mereka tidak boleh menjadi pemerintah negara. Itupun jika dapatlah (44 kerusi), bahkan saya rasa Pas hanya mampu menang sebilangan kecil sahaja kerusi sekiranya mereka masih teruskan rajuk mereka dengan Harapan,” katanya lagi.

Mahfuz sejak kebelakangan ini sering tampil lantang menyuarakan sokongannya terhadap Harapan.

Tindakannya itu jelas bertentangan dengan pendirian Pas yang enggan mempunyai sebarang hubungan politik dengan Harapan.

Mahfuz juga sering dilihat hadir pada majlis dan program anjuran PAN, PPBM, PKR dan Pakatan.


MAHFUZ BERI TAHU RAHSIA KENAPA DIA TIDAK MAHU TINGGALKAN PAS

Sekianlah artikel MAHFUZ BERI TAHU RAHSIA KENAPA DIA TIDAK MAHU TINGGALKAN PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca MAHFUZ BERI TAHU RAHSIA KENAPA DIA TIDAK MAHU TINGGALKAN PAS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/mahfuz-beri-tahu-rahsia-kenapa-dia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MAHFUZ BERI TAHU RAHSIA KENAPA DIA TIDAK MAHU TINGGALKAN PAS"

Posting Komentar