Judul : Bekas kakitangan pejabat MB Selangor ditahan SPRM
link : Bekas kakitangan pejabat MB Selangor ditahan SPRM
Bekas kakitangan pejabat MB Selangor ditahan SPRM
Seorang bekas kakitangan pejabat Menteri Besar Selangor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terlibat dalam perbuatan rasuah dan salah guna kuasa dalam pemberian projek membekal cenderahati ke pejabat Menteri Besar Selangor pada 2016.
Menurut sumber SPRM, suspek berusia 38 tahun yang merupakan bekas pembantu tadbir di pejabat berkenaan ditahan kira-kira pukul 12.30 tengahari tadi di pejabatnya.
Turut ditahan seorang pemilik syarikat pembekalan cenderahati berusia 59 tahun dan isterinya yang berusia 52 tahun, kira-kira pukul 3.30 petang tadi.
Sumber itu berkata, bekas kakitangan pejabat Menteri Besar terbabit disyaki telah menerima wang rasuah sebanyak RM16,566 daripada pemilik syarikat pembekalan cenderahati itu tahun lepas, sebagai balasan mengesyorkan syarikat tersebut sebagai pembekal cenderahati kepada pejabat berkenaan.
“Isteri pemilik syarikat pembekalan cenderahati itu pula ditahan kerana dipercayai bersekongkol dengan kedua-dua suspek,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Wan Ramli Wan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kesemua suspek akan direman di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Khamis.

Sekianlah artikel Bekas kakitangan pejabat MB Selangor ditahan SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Bekas kakitangan pejabat MB Selangor ditahan SPRM linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/bekas-kakitangan-pejabat-mb-selangor.html
0 Response to "Bekas kakitangan pejabat MB Selangor ditahan SPRM"
Posting Komentar