Putus tahaluf perlu menyeluruh jika PAS tak mahu digelar parti oportunis - Penganalisis

Putus tahaluf perlu menyeluruh jika PAS tak mahu digelar parti oportunis - Penganalisis - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Putus tahaluf perlu menyeluruh jika PAS tak mahu digelar parti oportunis - Penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Putus tahaluf perlu menyeluruh jika PAS tak mahu digelar parti oportunis - Penganalisis
link : Putus tahaluf perlu menyeluruh jika PAS tak mahu digelar parti oportunis - Penganalisis

Baca juga


Putus tahaluf perlu menyeluruh jika PAS tak mahu digelar parti oportunis - Penganalisis

Keputusan PAS untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR perlu dilaksanakan secara menyeluruh di semua negeri jika tidak mahu dituduh sebagai parti oportunis, kata Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Majlis Syura Ulama PAS petang Khamis yang memutuskan Tahaluf Siyasi dengan PKR, namun Jawatankuasa PAS Pusat akan menentukan kedudukan exco-exco dan wakil PAS di dalam kerajaan negeri Selangor.

"Kemungkinan kepimpinan pusat PAS akan dituduh sebagai parti oportunis, parti yang ambil kesempatan, di mana ada kesenangan di situ dia bagi kepentingan mereka.

"Maksud dalam konteks Selangor ini, di peringkat pusat mereka boleh berkerja sama dengan Umno sebab Umno kerajaan, di peringkat negeri pula PKR dan DAP dia boleh bekerjasama walaupun mereka dah memutuskan untuk putus hubungan, jadi saya rasa dalam konteks ini PAS akan dituduh sebagai parti oportunis," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Tambah Azizuddin, PAS perlu membuat keputusan berdasarkan parti dan bukan berdasarkan kepentingan tertentu.

"PAS kalau ambil keputusan putus, dia tak boleh ada negeri tidak yang putus, ada negeri yang putus, di peringkat nasional tidak putus,

"Jadi PAS perlu buat keputusan yang berlandaskan parti  bukan keputusan berlandaskan kepentingan tertentu" katanya ketika dihubungi oleh Antarapos.

PAS juga kata beliau dikhuatiri akan hilang kepercayaan rakyat dan mungkin akan dipinggirkan golongan orang muda dan golongan atas pagar kerana ia dilihat lari daripada dasar perjuangan Islam.

"Rakyat akan hilang kepercayaan kepada PAS, itu yang akan berlaku, mereka akan melihat PAS satu parti yang tidak berjuang atas Islam yang benar tetapi lebih kepada parti yang melihat kepada kepentingan mana yang dirasakan penting kepada mereka jadi mereka akan ikut kepentingan kepentingan tersebutlah,

"Dalam konteks ini saya rasa kalau keadaan sekarang ini berterusan PAS masih dalam kerajaan negeri Selangor tetapi kerajaan pusat mereka ambil keputusan untuk tidak bersama dengan PKR jadi saya rasa ia akan bagi imej yang lebih teruk kepada PAS dan kepentingan, sokongan golongan muda, golongan atas pagar akan meminggirkan PAS pada pru yang akan datang" ujar beliau.

Mengulas tentang jentera parti itu, beliau mengatakan PAS tidak boleh mewujudkan jentera yang efektif jika mereka bertindak untuk bergerak bersendirian.

"Dari segi jentera sekarang ini, dia perlukan bantuan daripada jentera-jentera parti yang lain kalau dalam BN dia perlukan bantuan BN kalau dia di dalam PH dia perlukan parti-parti lain.

"Jadi dalam konteks ini kalau dia bergerak sendiri, dia tidak mampu untuk membawa dan memberi sukatan kepada PAS itu sendiri dari segi kewangan pun makin kurang dan sebagainya," ujar beliau lagi.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh dalam sidang media petang tadi berkata keputusan muktamar PAS mahukan kerjasama politik dengan PKR ditamatkan, diluluskan badan tertinggi itu berlandaskan tindak tanduk PKR.

"Ini merujuk kepada begitu banyak perlanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam, maka hubungan politik tahaluf siyasi antara PAS dan PKR telah terbatal," kata Nik Zawawi.


Putus tahaluf perlu menyeluruh jika PAS tak mahu digelar parti oportunis - Penganalisis

Sekianlah artikel Putus tahaluf perlu menyeluruh jika PAS tak mahu digelar parti oportunis - Penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Putus tahaluf perlu menyeluruh jika PAS tak mahu digelar parti oportunis - Penganalisis linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/putus-tahaluf-perlu-menyeluruh-jika-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Putus tahaluf perlu menyeluruh jika PAS tak mahu digelar parti oportunis - Penganalisis"

Posting Komentar