Judul : Saifuddin: Pada Masa Depan, Tidak Perlu Lagi Anak Bekas PM Jadi PM !
link : Saifuddin: Pada Masa Depan, Tidak Perlu Lagi Anak Bekas PM Jadi PM !
Saifuddin: Pada Masa Depan, Tidak Perlu Lagi Anak Bekas PM Jadi PM !
GEORGE TOWN: Ketua setiausaha Pakatan Harapan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya dapat berpura-pura untuk tahu bagaimana rakyat biasa merana di bawah tekanan kos sara hidup yang tinggi.
Bercakap pada forum anjuran PKR Bayan Baru hujung minggu lalu, Datuk Saifuddin Abdullah berkata Perdana Menteri negara ini pada masa depan tidak sepatutnya anak kepada bekas Perdana Menteri kerana mereka ada kecenderungan kurang sentuhan dengan rakyat biasa.
Najib ialah anak kepada Perdana Menteri kedua.
Saifuddin berkata ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) akhir-akhir ini mendakwa mereka merasakan kesukaran yang dialami masyarakat umum.
“Realitinya, mereka tidak tahu bagaimana rasanya. Jika mereka benar-benar tahu rasanya, mereka tidak akan kata fasal ‘harga ayam murah’ dan ‘jika sayur mahal, belilah kangkung’.
“Dan ia datang daripada seorang PM yang ambil berat tentang rakyatnya. Itu sebabnya saya kata, cukup-cukuplah ada PM yang anak kepada seorang PM lain. Cukuplah.
“Kita mahu seorang PM dan pemimpin Melayu yang tahu apa rasanya hidup susah, bukannya hanya setakat kata ‘Saya rasa saya tahu’,” katanya.
Beliau berkata Pakatan mempunyai pemimpin yang mampu berkhidmat sebagai Perdana Menteri, dan mereka bukan anak kepada bekas Perdana Menteri.
Saifuddin ialah bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Beliau keluar dari Umno pada tahun lalu selepas tidak bersetuju dengan cara kerajaan mengendalikan isu 1MDB. Beliau kini bersama PKR.
Katanya, Umno kini menyimpang jauh daripada matlamat asalnya, dan daripada “berjuang” kini kepada “berwang” dan “beruang”.
“Umno pernah berjuang dulu. Tetapi sekarang orang tanya saya, apa sebenarnya yang mereka buat, dan saya kata berwang. Kemudian mereka tanya saya, maksudnya ‘beruang’? Saya kata kedua-duanya,” katanya.
Saifuddin berkata orang Melayu sepatutnya meninggalkan Umno kerana ia tidak lagi menjaga orang Melayu sebagai satu kumpulan masyarakat, tetapi hanya memilih segelintir saja.
“Contohnya, pergi tanya orang dalam dunia pembinaan. Mereka akan beritahu anda orang macam mana dapat kontrak, terutama di negeri di bawah BN. Saya tak perlu cakap banyak lagi,” katanya.
Beliau berkata kerajaan berbelanja berlebihan juga ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, tetapi nampak hasil yang ketara.
“Anda dapat lihat KLCC, jambatan Pulau Pinang, Putrajaya. Ya, dia belanja besar. Ya, dia boros, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat sesuatu daripada duit itu.
“Najib belanja banyak duit, tetapi ada kita nampak duit itu? Tak, kita tak nampak. Kita cuma nampak jet peribadi, beg tangan, kenduri mewah. #sumber
Saifuddin: Pada Masa Depan, Tidak Perlu Lagi Anak Bekas PM Jadi PM !
Sekianlah artikel Saifuddin: Pada Masa Depan, Tidak Perlu Lagi Anak Bekas PM Jadi PM ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Saifuddin: Pada Masa Depan, Tidak Perlu Lagi Anak Bekas PM Jadi PM ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/saifuddin-pada-masa-depan-tidak-perlu.html
0 Response to "Saifuddin: Pada Masa Depan, Tidak Perlu Lagi Anak Bekas PM Jadi PM !"
Posting Komentar