Judul : Isteri Menteri Pula Terima Darjah Kebesaran Sultan Pahang
link : Isteri Menteri Pula Terima Darjah Kebesaran Sultan Pahang
Isteri Menteri Pula Terima Darjah Kebesaran Sultan Pahang
Isteri Menteri Pula Terima Darjah Kebesaran Sultan Pahang. Datin Seri Feona Sim, isteri Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, mendahului senarai 160 penerima darjah dan pingat sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.
Feona yang juga pengerusi DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd, adalah antara 6 penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Isteri Menteri Pula Terima Darjah Kebesaran Sultan Pahang. Lima lagi penerima SSAP adalah bekas Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Jalaluddin A.Rahman, Pengarah United Panel-System (M) Sdn Bhd Datuk Dr Loh Cher Xiong, Ir Ab Samad Talib, Tan Choon Nan dan Ee Chang Ku.
Lima individu pula dianugerahkan Darjah Seri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera iaitu Tengku Datuk Nurul Kamalia Tengku Kamil Ismail, Tengku Madihah Shahzan Tengku Kamil Ismail dan Tengku Aidy Ahmad Shah Tengku Kamil Ismail.
Turut menerima adalah Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Ab Karim Ab Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pahang Datuk Abdul Rahim Mohd Ali.
Isteri Menteri Pula Terima Darjah Kebesaran Sultan Pahang
Sementara itu, 6 individu dikurniakan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) ialah Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Azhar Abdul Manaf; Panglima Wilayah 1 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Jeneral Datuk Marsaleh Hassim; Asisten Ketua Staf Bahagian Perancangan Pertahanan Markas Angkatan Tentera Malaysia, Datuk Mohammad Salleh Osman.
Timbalan Pengarah Naziran Sektor Litigasi Jabatan Peguam Negara Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi, Setiausaha Bahagian, Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan Kementerian Kewangan Asri Hamidon dan Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang Datuk Shamsuddin Nawawi.
Seramai 44 orang pula menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk antaranya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuantan Hassan Abdul Ghani, Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang Datuk Abdul Walid Abu Hassan, Pengarah Urusan Asia Madam Waffle Sdn Bhd Datin Seri Linda Chen May Yen.
Turut menerima DIMP adalah bekas wartawan sukan George Das, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (Nahrim) Ir Dr Azuhan Mohamed, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Zuraida Mokhtar, bekas pemain bola sepak kebangsaan N Thanabalan dan penyanyi Nassier Wahab.
Selain itu, Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Ir Mohd Shukri Abdul Razik, Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Melaka Mohd Noor Yusoff dan Pengarah Kastam Diraja Malaysia Negeri Kedah Johari Alifiah.
Isteri Menteri Pula Terima Darjah Kebesaran Sultan Pahang
Sebanyak tujuh orang menerima Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), tujuh penerima Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP), 12 penerima Darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) dan 34 penerima Ahli Mahkota Pahang (AMP)
Sembilan orang pula menerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), 16 penerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan 14 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK). - fmt
Iklan
Isteri Menteri Pula Terima Darjah Kebesaran Sultan Pahang
Sekianlah artikel Isteri Menteri Pula Terima Darjah Kebesaran Sultan Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Isteri Menteri Pula Terima Darjah Kebesaran Sultan Pahang linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/isteri-menteri-pula-terima-darjah.html
0 Response to "Isteri Menteri Pula Terima Darjah Kebesaran Sultan Pahang"
Posting Komentar