Judul : Tiga cabaran tentukan kekuatan Pakatan Harapan: DAP
link : Tiga cabaran tentukan kekuatan Pakatan Harapan: DAP
Tiga cabaran tentukan kekuatan Pakatan Harapan: DAP
SHAH ALAM – DAP menggariskan tiga cabaran untuk menentang Umno pada pilihan raya umum akan datang.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, Umno kini semakin terdesak untuk terus menang serta meletakkan persepsi jentera parti itu semakin sukar untuk bergerak.
“Saya tahu mereka terdesak. Di negeri-negeri mereka aktif, tahap intensiti kempen mereka adalah rendah.
“DAP yakin tsunami politik Malaysia yang baru akan berlaku, termasuk permintaan untuk perubahan di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan.
Retreat Kepimpinan DAP menghimpunkan hampir 200 peserta termasuk ahli Parlimen, Adun, pemimpin jawatankuasa negeri, pemegang jawatan utama negeri, serta wakil-wakil Wanita dan Pemuda.
Katanya, antara agenda utama program selama tiga hari itu adalah mengenai tiga cabaran utama yang akan menentukan kekuatan Pakatan Harapan dan Bersatu dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Antaranya adakah kita mempunyai pemimpin yang berkualiti untuk membawa Malaysia keluar daripada krisis ekonomi dan membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi, adakah pemimpin dan ahli Umno dan BN secara intensif berkempen dan apakah sambutan rakyat terhadap Umno dan BN?
“Cabaran ini akan menentukan sama ada pembangkang boleh memberi cabaran serius terhadap Umno-BN,” katanya.
Guan Eng turut berharap rakyat sudah boleh membuka mata dan bertindak di atas sikap mungkir janji BN yang pernah ditabur sebelum ini.
Sementara itu, Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, dalam ucapannya berkata, untuk mencapai matlamat membentuk kerajaan baru, DAP bekerjasama dengan parti-parti politik yang berkongsi aspirasi yang sama.
"Ia tidak bermakna kita mengorbankan prinsip-prinsip kita. Kita masih parti ‘Malaysian Malaysia’. Kita masih sebuah parti demokratik sosial.
"Kita sedang berusaha bersama-sama dengan pihak lain ke arah membentuk kerajaan baru yang bersih yang berpegang kepada prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan," katanya.
Dalam pada itu, katanya DAP akan terus kekal menentang rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, juga dikenali sebagai Akta 355.
“DAP juga akan terus menentang undang-undang hudud kerana mereka perundangan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sekianlah artikel Tiga cabaran tentukan kekuatan Pakatan Harapan: DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Tiga cabaran tentukan kekuatan Pakatan Harapan: DAP linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/tiga-cabaran-tentukan-kekuatan-pakatan.html
0 Response to "Tiga cabaran tentukan kekuatan Pakatan Harapan: DAP"
Posting Komentar