MAHATHIR CALON PM BERITA BURUK UNTUK KAUM INDIA

MAHATHIR CALON PM BERITA BURUK UNTUK KAUM INDIA - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAHATHIR CALON PM BERITA BURUK UNTUK KAUM INDIA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAHATHIR CALON PM BERITA BURUK UNTUK KAUM INDIA
link : MAHATHIR CALON PM BERITA BURUK UNTUK KAUM INDIA

Baca juga


MAHATHIR CALON PM BERITA BURUK UNTUK KAUM INDIA

MIC menyifatkan pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad oleh Pakatan Harapan (PH) merupakan satu tamparan hebat kepada masyarakat India yang sebelum ini tersisih daripada arus pembangunan ketika pentadbirannya selama 22 tahun.

Ketua Pemudanya Datuk Sivaraajh Chandran percaya, janji Dr Mahathir yang mahu membela nasib kaum minoriti itu jika PH menang tidak akan menjadi kenyataan, apatah lagi pembangkang tiada parti tunggal yang memperjuangkan nasib mereka.

“Ketika pentadbiran Dr Mahathir, jumlah doktor India juga berkurangan, manakala penggiat industri insurans terjejas sekali gus merencatkan peluang ekonomi untuk masyarakat kaum ini.

“Dr Mahathir sendiri mengakui masyarakat India tidak diberikan khidmat sepatutnya sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia, namun kali ini janji sama dijaja sekiranya diberikan peluang kembali berkuasa.

“Kalau dalam Barisan Nasional (BN) yang mempunyai parti berasaskan masyarakat India pun beliau gagal mengotakan janjinya.

“Apatah lagi menerusi Pakatan Harapan dengan barisannya tidak langsung mempunyai pergerakan tunggal memperjuangkan kepentingan India?” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Ketua Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Abdullah, mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya jika mereka menang pada PRU-14.

Sivaraajh berkata, masyarakat India masih bergelut untuk memperbaiki kerosakan yang dicetuskan Dr Mahathir menerusi pelbagai dasar pentadbirannya, namun usaha itu menemui sinar baharu menerusi kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak.

“Kita bernasib baik kerana BN mengambil langkah proaktif merungkai masalah masyarakat India dengan memperkenalkan Pelan Tindakan Pembangunan Orang India (MIB), iaitu dokumen pertama seumpamanya bagi memaju sosioekonomi kaum ini di Malaysia.

“Menghampiri PRU, masing-masing bertanya mengenai Deklarasi Gelang Patah, merangkumi 14 janji kononnya untuk mengangkat martabat masyarakat India, selain menyelesaikan isu kaum ini yang tidak mempunyai negara dalam tempoh 100 hari.

“Pengundi India tidak sepatutnya tertipu dengan janji ditabur Dr Mahathir dengan meneliti semula sumbangannya dalam mengangkat martabat kaum ketiga terbesar di negara ini.

“Kita ingin menegaskan sokongan pengundi India sudah kembali ke BN pada PRU-13 dan ia akan kekal pada PRU-14 pasca pengumuman Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri,” katanya.


MAHATHIR CALON PM BERITA BURUK UNTUK KAUM INDIA

Sekianlah artikel MAHATHIR CALON PM BERITA BURUK UNTUK KAUM INDIA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca MAHATHIR CALON PM BERITA BURUK UNTUK KAUM INDIA linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/mahathir-calon-pm-berita-buruk-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MAHATHIR CALON PM BERITA BURUK UNTUK KAUM INDIA"

Posting Komentar