‘TUAN BESAR’ TETAP DAP – AGIHAN KERUSI HANYA RETORIK

‘TUAN BESAR’ TETAP DAP – AGIHAN KERUSI HANYA RETORIK - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘TUAN BESAR’ TETAP DAP – AGIHAN KERUSI HANYA RETORIK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘TUAN BESAR’ TETAP DAP – AGIHAN KERUSI HANYA RETORIK
link : ‘TUAN BESAR’ TETAP DAP – AGIHAN KERUSI HANYA RETORIK

Baca juga


‘TUAN BESAR’ TETAP DAP – AGIHAN KERUSI HANYA RETORIK

Kegembiraan penyokong Pakatan Harapan yang telah menamakan Tun Mahathir sebagai bakal Perdana Menteri jika mereka berjaya merampas Putrajaya dalam PRU14 hanyalah drama.

Agihan kerusi Parlimen yang memihak kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dikatakan pembayang bahawa kuasa memerintah kekal milik Bumiputera dan majoriti Bumiputera tidak perlu gusar kehilangan kuasa memerintah.

Namun demikian hakikat sebenar yang kinj bergolak dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Amanah(PAN) tidak boleh di sangkal. Boikot oleh PAN boleb diterjemahkan sebagai isyarat terhadap Pakatan Harapan agar memikirkan natijah jika mereka terus di tekan menjadi ‘BALACI’ dalam ikatan sekutu sekutu pembangkang.

Memetik satu kenyataan dari Hizwan Ahmad Ketua Biro Komunikasi Keadilan Selangor mungkin boleh menceritakan kisah sebenar mereka.

Kenyataan Hizwan Ahmad –

Keadilan Selangor Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju.

Konvensyen Pakatan Harapan yang berlangsung petang tadi telah merumuskan tiga ketetapan penting menuju Pilihanraya Umum ke 14.Dengan saki baki ruang demokrasi dan kebebasan bersuara yang ada, Keadilan Negeri Selangor dengan ini melahirkan rasa terkilan dan kecewa dengan pengumuman calon Perdana Menteri Pakatan Harapan

Sedang kami menghormati keputusan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan, izinkan juga kami menyatakan pendirian yang berbeza. Biarlah ia terakam dalam lipatan sejarah suatu hari nanti.

Parti Keadilan Rakyat punya jajaran sejarah tersendiri dan sangat panjang membimbing parti oposisi melawan tirani. Hampir 20 tahun lalu, kali pertama kalimah Reformasi kita laungkan di jalan raya, parti ini diuji dengan mehnah dan cubaan pelbagai rupa disiram cucuran keringat,darah dan airmata. Kita juga Alhamdulillah telah berjaya buktikan keupayaan dan kemampuan parti keramat ini memerintah dengan adil dan saksama. Negeri Selangor telah menjadi bukti betapa Keadilan mampu membawa perubahan dalam pentadbiran yang memacu keamanan dan kemakmuran.

Justeru, Keadilan Selangor merasa amat janggal untuk mengakui bahawa setelah begitu panjang tempoh perjuangan kita juga setelah dibuktikan dengan rekod luar biasa, Parti ini tidak mampu untuk mengangkat seorang tokoh sendiri bagi diusung sebagai calon bakal Perdana Menteri Malaysia.

Perlu diingatkan bahawa, kini negara sedang berdepan dengan zaman baharu. Golongan millenial pastinya mahu melihat seorang tokoh segar, kaya dengan buah fikiran yang berpandangan jauh dan berkesan untuk membawa negara ini keluar dari kepompong kerosakan yang telah tercipta sekian lama oleh barisan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional sejak dahulu lagi.Rakyat tidak mudah lupa,penggerak asli Reformasi juga tidak akan lupa.

Reformasi total mesti ditegakkan dari semua aspek. Baik sistem, dasar, pentadbiran dan juga pentadbirnya.
Walau bagaimanapun, Keadilan Negeri Selangor juga berikrar bahawa kami akan siap mempertahankan negeri Selangor dan berkerja keras untuk memenangi Pilihanraya Umum akan datang.

Keadilan Selangor menyeru seluruh pendokong tegar reformasi untuk terus bersama-sama menolak UMNO dan Barisan Nasional. Menuju Pilihanraya Umum ke 14, sebelum, semasa mahupun selepas pilihanraya pelbagai perkara boleh berlaku. Kepada Allah kita berserah dan memohon petunjuk dan pertolongan. Membujur lalu melintang patah, lawan tetap lawan!

Hizwan Ahmad

Jelas sekali Konvensyen Pakatan hanya mempermainkan RETORIK dan DRAMA dan mereka bukan memperjuangkan Hak Rakyat dalam ertikata sebenar. Nasib rakyat akan diperjudikan jika mereka memerintah kerana DAP akan tetap menjadi TUAN BESAR kerana mereka masih ada 57 kerusi di Sabah dan Sarawak yang masih belum diagihkan!

Faham?


‘TUAN BESAR’ TETAP DAP – AGIHAN KERUSI HANYA RETORIK

Sekianlah artikel ‘TUAN BESAR’ TETAP DAP – AGIHAN KERUSI HANYA RETORIK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca ‘TUAN BESAR’ TETAP DAP – AGIHAN KERUSI HANYA RETORIK linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/tuan-besar-tetap-dap-agihan-kerusi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "‘TUAN BESAR’ TETAP DAP – AGIHAN KERUSI HANYA RETORIK"

Posting Komentar