Saya bertindak atas arahan Dr M, Agong

Saya bertindak atas arahan Dr M, Agong - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saya bertindak atas arahan Dr M, Agong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saya bertindak atas arahan Dr M, Agong
link : Saya bertindak atas arahan Dr M, Agong

Baca juga


Saya bertindak atas arahan Dr M, Agong

KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman menafikan dakwaan beliau menggunakan nama Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membolehkan pemecatan bekas ketua hakim negara, Tun Salleh Abas pada 1988.

Abu Talib menegaskan 'Krisis Perlembagaan Malaysia 1988', dilakukan melalui tribunal yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

"Adalah tidak benar untuk menyatakan bahawa saya menggunakan nama Dr Mahathir tanpa pengetahuannya, sedangkan sebelum itu saya sudah menasihati beliau bahawa pemecatan Ketua Hakim Negara yang sedang bertugas tidak boleh dilakukan tanpa mengikut Perlembagaan Persekutuan.

"Saya turut mengingatkan Dr Mahathir bahawa sebagai Perdana Menteri beliau harus menjaga dan memelihara Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Abu Talib berkata, pemecatan Salleh hanya boleh dilakukan dengan mengikut Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan, di mana satu tribunal harus ditubuhkan untuk mengetahui sama ada terdapat kes salah laku atau sebab lain sebelum Ketua Hakim Negara dipecat daripada tugasnya.

"Penubuhan tribunal hanya boleh dilakukan melalui representasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Memandangkan Dr Mahathir dan Yang di-Pertuan Agong bersetuju bahawa tindakan perlu diambil, saya kemudian menyediakan semua kertas kerja untuk penubuhan tribunal berkenaan," katanya.

Tambah Abu Talib lagi, komunikasi dengan pihak Istana bagi memaklumkan mengenai penubuhan tribunal itu turut dikendalikan oleh Pejabat Perdana Menteri.

"Dalam hal ini, saya menggunakan nama Perdana Menteri dan pejabatnya kerana Perlembagaan Persekutuan menyatakan tribunal hanya boleh ditubuhkan melalui representasi yang dibuat oleh Perdana Menteri.

"Perkara ini berlaku pada tahun 1988 dan kita tak boleh harap Dr Mahathir untuk mengingati setiap maklumat yang berlaku pada waktu itu," katanya.

Bagaimanapun, Abu Talib menegaskan bahawa bukan Dr Mahathir yang mahu memecat atau memulakan tindakan terhadap Salleh sebaliknya hanya bertindak atas arahan Yang di-Pertuan Agong.

"Saya nampak surat yang ditulis dan ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong mengarahkan Dr Mahathir memecat Salleh sebagai Ketua Hakim Negara dan melantik Tun Abdul Hamid Omar," katanya.


Saya bertindak atas arahan Dr M, Agong

Sekianlah artikel Saya bertindak atas arahan Dr M, Agong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Saya bertindak atas arahan Dr M, Agong linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/saya-bertindak-atas-arahan-dr-m-agong.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Saya bertindak atas arahan Dr M, Agong"

Posting Komentar