Tiada Sijil Halal, Tidak Bermakna Coklat Daim & Toblerone Haram

Tiada Sijil Halal, Tidak Bermakna Coklat Daim & Toblerone Haram - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada Sijil Halal, Tidak Bermakna Coklat Daim & Toblerone Haram, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada Sijil Halal, Tidak Bermakna Coklat Daim & Toblerone Haram
link : Tiada Sijil Halal, Tidak Bermakna Coklat Daim & Toblerone Haram

Baca juga


Tiada Sijil Halal, Tidak Bermakna Coklat Daim & Toblerone Haram

PETALING JAYA: Tiada sijil halal tidak bermakna coklat jenama Daim dan Toblerone haram serta tidak boleh dimakan, kata Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).
Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, pengguna masih boleh makan coklat itu selagi bahan yang digunakan dalam pembuatannya tidak meragukan dan halal.
“Bila tidak ada sijil halal, tidak bermaksud coklat itu haram. Saya banyak baca kenyataan di media, bila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan mereka tidak ada sijil halal, banyak buat ‘headline’ Daim dan Toblerone tidak halal.
“Itu adalah satu kenyataan tak betul sebab kita lihat macam kes ‘pretzel dog’, sama juga bila tidak ada sijil halal tidak bermakna makanan itu haram. Cuma makanan itu tidak dapat sijil halal. Sekiranya bahan digunakan tidak meragukan dan halal, maka boleh dimakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Kelmarin, Jakim mengesahkan coklat jenama Daim dan Toblerone bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia mahupun mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf JAKIM.
Yusof bagaimanapun menasihatkan pengeluar coklat Daim dan Toblerone mendapatkan sijil halal, jika produk mereka tidak mengandungi sebarang bahan meragukan.
“Kita harap pengusaha coklat itu dapatkan sijil halal untuk mengelakkan keraguan dalam kalangan pengguna. Namun, pengguna masih boleh makan coklat itu dengan melihat label makanan dan bahan kandungan makanan itu. Jika yakin, mereka masih boleh makan,” katanya.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pula menggesa pengusaha coklat Daim dan Toblerone mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan sebab utama mereka tidak dapat sijil halal JAKIM.
Katanya, sekiranya tidak ada kenyataan dikeluarkan, PPIM akan mengeluarkan satu kenyataan untuk menasihatkan pengguna tidak makan coklat berkenaan.
“Kita nasihatkan pengusaha itu dapatkan sijil halal. Nak dapatkan sokongan pengguna Islam dia patut dapatkan sijil halal.
“Mereka kena keluarkan kenyataan kenapa sehingga sekarang tidak dapat sijil halal daripada Jakim. Sama ada dia rasa tidak perlu atau dia tak boleh dapat (sijil halal)? Sebab kalau tak ada kenyataan, kita akan sarankan pengguna tidak perlu makan.
“Tangguh dulu sehingga mereka dapatkan sijil halal. Kita bagi tempoh kalau tak beri juga, kita anggap tak halal,” katanya. #sumber


Tiada Sijil Halal, Tidak Bermakna Coklat Daim & Toblerone Haram

Sekianlah artikel Tiada Sijil Halal, Tidak Bermakna Coklat Daim & Toblerone Haram kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tiada Sijil Halal, Tidak Bermakna Coklat Daim & Toblerone Haram linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/tiada-sijil-halal-tidak-bermakna-coklat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tiada Sijil Halal, Tidak Bermakna Coklat Daim & Toblerone Haram"

Posting Komentar