AGIH KERUSI DUN SELANGOR: PPBM TIDAK MAHU BERI LALUAN KEPADA PKR

AGIH KERUSI DUN SELANGOR: PPBM TIDAK MAHU BERI LALUAN KEPADA PKR - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AGIH KERUSI DUN SELANGOR: PPBM TIDAK MAHU BERI LALUAN KEPADA PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AGIH KERUSI DUN SELANGOR: PPBM TIDAK MAHU BERI LALUAN KEPADA PKR
link : AGIH KERUSI DUN SELANGOR: PPBM TIDAK MAHU BERI LALUAN KEPADA PKR

Baca juga


AGIH KERUSI DUN SELANGOR: PPBM TIDAK MAHU BERI LALUAN KEPADA PKR

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Selangor enggan mengambil kira keputusan perbincangan pengagihan 35 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diputuskan semalam.

Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehuddin Amiruddin, berkata parti itu juga tidak berbincang mengenai pengagihan kerusi pada mesyuarat hari ini selepas membuat keputusan mahu bertanding di semua 12 kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Katanya, walaupun PPBM menolak kerusi DUN Sijangkang yang disandang Datuk Ahmad Yunus Hairi daripada PAS, pihaknya menerima kerusi DUN Jeram yang kini diwakili BN, selain memberikan cadangan mengenai kerusi yang parti itu mahukan.

“Apa yang dibincang semalam, kita tidak ambil kira. Sebanyak 12 kerusi DUN yang kita mahu itu, ada yang bertindih kerana PKR juga mahu kerusi berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berkenaan di Pejabat Pilihan Raya PKR di Seksyen 14, semalam.

Sallehuddin berkata, beliau menyerahkan kepada Pengerusi Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Dr Xavier Jayakumar untuk membuat keputusan.

Mengulas lanjut, Sallehuddin berkata, PPBM negeri tidak akan bertolak ansur atau memberi kerusi yang dimahukan PKR, malah akan mempertahankan hasrat mereka terhadap kerusi BN.

“Kita mahu kerusi itu kerana matlamat asal penubuhan parti iaitu mahu ganti UMNO, saing UMNO.

“Jika mahu PPBM kurangkan kerusi, itu tidak mungkin tetapi jika bagi kerusi lebih, kami terima,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha PH negeri, Zuraida Kamaruddin, berkata mesyuarat hari ini menyelesaikan pengagihan satu kerusi menjadikan 36 kerusi DUN sudah diselesaikan setakat ini.

“Baki 20 lagi kerusi DUN akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang,” katanya.


AGIH KERUSI DUN SELANGOR: PPBM TIDAK MAHU BERI LALUAN KEPADA PKR

Sekianlah artikel AGIH KERUSI DUN SELANGOR: PPBM TIDAK MAHU BERI LALUAN KEPADA PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca AGIH KERUSI DUN SELANGOR: PPBM TIDAK MAHU BERI LALUAN KEPADA PKR linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/agih-kerusi-dun-selangor-ppbm-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "AGIH KERUSI DUN SELANGOR: PPBM TIDAK MAHU BERI LALUAN KEPADA PKR"

Posting Komentar