Judul : Senarai Bantuan Terkini Kerajaan Pakatan Harapan 2019
link : Senarai Bantuan Terkini Kerajaan Pakatan Harapan 2019
Senarai Bantuan Terkini Kerajaan Pakatan Harapan 2019
Senarai Bantuan Terkini Kerajaan Pakatan Harapan 2019. Kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited membantu rakyat berpendapatan rendah khususnya golongan B40. Menerusi pembentangan Bajet 2019, PH kini telah mengumumkan beberapa bantuan dan insentif yang efisyen bagi membantu meringankan beban hidup rakyat. Berikut adalah senarai bantuan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan PH.

- Kategori isi rumah berpendapatan kasar RM2000 sebulan akan menerima BSH sebanyak RM1000 secara berperingkat.
- Kategori isi rumah berpendapatan kasar RM2001 hingga RM3000 sebulan akan menerima BSH sebanyak RM750 secara berperingkat.
- Kategori isi rumah berpendapatan kasar RM3001 hingga RM4000 sebulan akan menerima BSH sebanyak RM500 secara berperingkat.
- Kategori bujang akan menerima BSH sebanyak RM100 sekaligus.
- Kategori baru, setiap anak berumur 18 tahun ke bawah (tiada had umur bagi OKU) dan terhad hingga 4 orang anak sahaja akan menerima BSH sebanyak RM140 (seorang anak).
Senarai Bantuan Terkini Kerajaan Pakatan Harapan 2019
Rebat Bil Elektrik Sebanyak RM40
Bantuan rebat elektrik adalah inisiatif kerajaan PH bagi membantu golongan miskin yang berdaftar dalam eKasih. Ia merupakan penambah baikan kerajaan berbanding dahulu yang hanya mengenakan rebat sebanyak RM20.
Pengguna elektrik tidak dikenakan bayaran sekiranya jumlah bil di bawah RM40. Sekiranya bil elektrik melebihi RM40, pengguna hanya membayar lebihan tersebut.
Skim Perlindungan Nasional B40 (Skim MySalam)

Ia merupakan inisiatif YBM Kesihatan Dr Dzulkefli bagi membantu golongan B40 agar dapat meringankan beban klinikal dan kesihatan. Golongan ini adalah dikategorikan berpendapatan RM3860 ke bawah sebulan dan merupakan golongan paling ramai dalam negara.
Kerajaan PH telah memperuntukkan sejumlah RM2,000,000,000.00 bagi membantu sebanyak 3.7 juta penduduk Malaysia yang berumur antara 18 hingga 55 tahun.
Bantuan akan disalurkan sekiranya penerima menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal dan perlu menjalani rawatan hospital yang boleh menjejaskan aliran pendapatan isi rumah pesakit.
Penerima mendapat bayaran harian sebagai pendapatan gantian semasa rawatan di hospital terhad sehingga 14 hari setiap tahun dengan kadar RM700 atau RM50 sehari serta bayaran sehingga RM8000 yang diagihkan dalam tempoh masa yang akan diumumkan.
Subsidi Minyak Bersasar
Baru-baru ini kerajaan telah tetapkan bahawa harga petrol bagi RON95 tidak akan melebihi paras RM2.08 meskipun kerajaan melaksanakan kaedah apungan mingguan.
Mulai April 2019, kerajaan akan melaksanakan sistem subsidi minyak bersasar dengan memperuntukkan sebanyak RM2,000,000,000.00 kepada kereta1500 cc ke bawah dan motosikan 125 cc ke bawah. Kereta berkapasiti 1500 cc ke bawah akan menerima subsidi petrol sebanyak 30 sen seliter dan terhad sehingga 100 liter sebulan. Manakalah motosikal yang berkapasiti 125 cc ke bawah akan menerima subsidi petrol sebanyak 30 sen seliter dan terhad sehingga 40 liter sebulan.
Senarai Bantuan Terkini Kerajaan Pakatan Harapan 2019
Dana Rumah Mampu Milik BNM
Dana ini terhad kepada hartanah bernilai sehingga RM150,000 sahaja dan kediaman di pasaran utama sahaja dengan tempoh pembiayaan sehingga 40 ke 70 tahun.
Kerajaan PH memperuntukkan sebanyak RM1,000,000,000.00 bagi pelaksanaan dana ini sejak 2 Januari 2019 sehingga habis digunakan.
Pas Bulanan Pengangkutan Awam RapidKL
Terdapat dua pas yang diberikan iaitu RM100 bagi perjalanan tanpa had untuk perkhidmatan rel dan bas RapidKL dan RM50 bagi perjalanan tanpa had untuk perkhidmatan bas RapidKL sahaja.
Pas ini boleh dimohon melalui semua hub bas, stesen LRT, MRT, dan Monorel serta stesen Sunway.
Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Sebanyak RM100 akan diterima kepada pelajar yang layak dari tahun satu hingga tingkatan lima untuk sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sahaja.
Pelajar yang layak adalah berdasarkan kriteria pedapatan kasar bulanan ibu bapa iaitu di bawah RM3000 sebulan.
Bantuan ini tidak perlu lakukan permohonan sebaliknya akan diberi secara automatik selepas sekolah menerima peruntukan daripada KPM.
i-SURI KWSP

Suri rumah, balu dan ibu tunggal yang berdaftar dalam Pengkalan Data Kemiskinan Nasional (eKASIH) akan mendapat sebanyak RM40 sebulan hasil caruman minimum RM5 setiap bulan.
Pemohon hendaklah mendaftar dalam eKASIH terlebih dahulu sebelum membuat permohonan i-SURI.
Senarai Bantuan Terkini Kerajaan Pakatan Harapan 2019
Banyak usaha kerajaan bagi membantu meringankan beban hidup rakyat. Senarai bantuan dijangka akan diperkasakan dari masa ke semasa. Usaha kerajaan menangani masalah rakyat harus disokong. Semoga usaha yang dilaksanakan akan terus dipertingkatkan.
Senarai Bantuan Terkini Kerajaan Pakatan Harapan 2019
Sekianlah artikel Senarai Bantuan Terkini Kerajaan Pakatan Harapan 2019 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Senarai Bantuan Terkini Kerajaan Pakatan Harapan 2019 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/09/senarai-bantuan-terkini-kerajaan.html
0 Response to "Senarai Bantuan Terkini Kerajaan Pakatan Harapan 2019"
Posting Komentar