Judul : Jenazah Mejar Mohd Zahir Armaya Selamat Dikebumikan
link : Jenazah Mejar Mohd Zahir Armaya Selamat Dikebumikan
Jenazah Mejar Mohd Zahir Armaya Selamat Dikebumikan
Jenazah Mejar Mohd Zahir Armaya Selamat Dikebumikan. Majlis pengebumian Pegawai komando 11 Rejimen Gerup Gerak Khas, Mejar Mohd Zahir Armaya di Tanah Perkuburan Islam Tambun dilaksanakan dengan penuh adat istiadat ketenteraan pasukan itu bermula pada jam 7.45 pagi tadi.
Mohd Zahir, 36, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth pada jam 9.28 pagi semalam selepas terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah.
Sebagai penghormatan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan istiadat mengiring dan mengusung jenazah oleh pegawai dan anggota.
Jenazah Mejar Mohd Zahir Armaya Selamat Dikebumikan
Jenazah turut diberikan tabik hormat sebelum diturunkan ke dalam liang lahad.
Suasana hiba jelas terasa dalam kalangan ahli keluarga terutama bapanya, pelakon dan pelawak terkenal AR Badul serta isteri Allahyarham, Nour Shafinar Harun, 31.
Jenazah Mejar Mohd Zahir Armaya ketika diusung untuk dikebumikan di kampung halamannya di Ulu Kinta, Perak selepas selesai disolatkan di Masjid Kem Wardieburn, Jalan Genting Kelang, hari ini.
Jenazah Mejar Mohd Zahir Armaya Selamat Dikebumikan
Lebih 2,000 orang terdiri ahli keluarga, rakan setugas dan penduduk kampung hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Hujan yang turun sejurus ketibaan jenazah dikediaman keluarga isterinya di Taman Perpaduan, Ulu Kinta pagi tadi langsung tidak mengganggu kelancaran istiadat pengebumiaan hari ini.
Tahlil dan bacaan talkin dipimpin oleh Pegawai Agama Markas 2 Briged, Leftenan Kolonel Titan Abdul Wahab.
Jenazah Mejar Mohd Zahir Armaya Selamat Dikebumikan
Istiadat pengebumian selesai pada jam 8.45 pagi dengan serahan Jalur Gemilang kepada Nour Shafinar oleh Pegawai Memerintah Rejimen 11 Gerak Khas, Kolonel Zulkinine Mohd Yunus. - sinar
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
Jenazah Mejar Mohd Zahir Armaya Selamat Dikebumikan
Sekianlah artikel Jenazah Mejar Mohd Zahir Armaya Selamat Dikebumikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Jenazah Mejar Mohd Zahir Armaya Selamat Dikebumikan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/09/jenazah-mejar-mohd-zahir-armaya-selamat.html
0 Response to "Jenazah Mejar Mohd Zahir Armaya Selamat Dikebumikan"
Posting Komentar