AKHIRNYA PAKATAN HARAPAN AKUI SEBAHAGIAN MANIFESTO MEREKA SUDAH DILAKSANA BN

AKHIRNYA PAKATAN HARAPAN AKUI SEBAHAGIAN MANIFESTO MEREKA SUDAH DILAKSANA BN - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AKHIRNYA PAKATAN HARAPAN AKUI SEBAHAGIAN MANIFESTO MEREKA SUDAH DILAKSANA BN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AKHIRNYA PAKATAN HARAPAN AKUI SEBAHAGIAN MANIFESTO MEREKA SUDAH DILAKSANA BN
link : AKHIRNYA PAKATAN HARAPAN AKUI SEBAHAGIAN MANIFESTO MEREKA SUDAH DILAKSANA BN

Baca juga


AKHIRNYA PAKATAN HARAPAN AKUI SEBAHAGIAN MANIFESTO MEREKA SUDAH DILAKSANA BN

Gabungan pembangkang PKR mengakui sebahagian manifesto untuk Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU-14) yang dibentangkan mereka sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi Biro Tawaran dan Dasar pakatan itu di negeri ini, Dzulkefly Ahmad berkata, bagaimanapun, perkara berkaitan itu ditambah baik oleh mereka selain perkara baharu yang tidak ditawarkan kerajaan negeri.

Menurutnya, antara perkara baharu yang ditawarkan mereka adalah memaksimumkan jawatan Menteri Besar kepada dua penggal selain menghapuskan Kuota Menegakkan Kerajaan (KMK) dalam pengagihan rumah mampu milik.

“Ia memang ada nampak sama kerana ia terdapat beberapa isu seperti rumah dan air yang memangnya isu besar. Apapun masih terdapat sebahagian manifesto yang tidak ditawarkan kerajaan negeri,” katanya mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menganggap manifesto pembangkang itu menciplak usaha dijalankan kerajaan negeri pada sidang akhbar semalam.

Manifesto pembangkang Johor dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 10 janji dalam tempoh lima tahun dan 10 janji dalam tempoh 100 hari sekiranya diberi mandat untuk mentadbir kerajaan negeri.

Antaranya ialah untuk membina 100,000 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) selain menyediakan air percuma sebanyak 10 meter padu percuma kepada golongan B40.

Ditanya mengapa jawatan Menteri Besar selama dua penggal tidak diguna pakai di negeri yang dipimpin pembangkang, beliau berkata, cadangan itu akan diguna pakai bermula pilihan raya umum kali ini dan sekiranya mereka menang.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Dzulkefly berkata, gabungan pakatan PKR itu juga masih memikirkan mekanisme yang sesuai bagi menilai pencapaian manifesto yang ditawarkan mereka sekiranya berjaya menubuhkan kerajaan.

“Memang terdapat cadangan untuk mewujudkan satu mekanisme sesuai. Bagaimanapun ia akan dibincangkan secara terperinci sekiranya diberi mandat untuk mentadbir kerajaan negeri kerana ia melibatkan beberapa aspek seperti peruntukan enakmen negeri dan sebagainya.

“Apapun, sekiranya kita gagal menunaikan janji pada PRU kali ini, rakyat mempunyai hak untuk menghukum kami pada pilihan raya akan datang,” katanya.


AKHIRNYA PAKATAN HARAPAN AKUI SEBAHAGIAN MANIFESTO MEREKA SUDAH DILAKSANA BN

Sekianlah artikel AKHIRNYA PAKATAN HARAPAN AKUI SEBAHAGIAN MANIFESTO MEREKA SUDAH DILAKSANA BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca AKHIRNYA PAKATAN HARAPAN AKUI SEBAHAGIAN MANIFESTO MEREKA SUDAH DILAKSANA BN linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/04/akhirnya-pakatan-harapan-akui.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "AKHIRNYA PAKATAN HARAPAN AKUI SEBAHAGIAN MANIFESTO MEREKA SUDAH DILAKSANA BN"

Posting Komentar