DAP ADALAH ‘TOK DALANG’ DI SEBALIK STRATEGI PH – GPMS

DAP ADALAH ‘TOK DALANG’ DI SEBALIK STRATEGI PH – GPMS - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP ADALAH ‘TOK DALANG’ DI SEBALIK STRATEGI PH – GPMS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP ADALAH ‘TOK DALANG’ DI SEBALIK STRATEGI PH – GPMS
link : DAP ADALAH ‘TOK DALANG’ DI SEBALIK STRATEGI PH – GPMS

Baca juga


DAP ADALAH ‘TOK DALANG’ DI SEBALIK STRATEGI PH – GPMS

Tindakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohammad bertanding menggunakan logo PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hanya akan menguntungkan DAP, sekali gus memecah-belahkan Melayu dan Bumiputera.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Haji Zambri Mohd Isa, berkata walaupun PH bersetuju menggunakan satu logo tetapi hakikat di sebalik strategi dan perancangan gabungan itu ‘didalangi’ pemain politik utama PH iaitu DAP.

“DAP (memang) jenis baling batu sembunyi tangan. Mereka adalah ‘tok dalang’ di sebalik semua strategi PH. Mereka (DAP) hanya mempergunakan Dr Mahathir untuk mencapai hasrat mereka.

“Melayu kena sedar dan faham bahawa PH bukan betul-betul memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera.

“Mereka (DAP) ada agenda sendiri dan Dr Mahathir hanya ‘boneka’ kepada mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zambri berkata, perjuangan Dr Mahathir bukan memperjuangkan Melayu dan parti tetapi disebabkan masalah peribadi serta keinginannya untuk mengangkat anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri.

Beliau mengakui status dari sudut perundangan Dr Mahathir adalah sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), namun ia hanya satu ‘bayangan’.

Katanya, hakikat di sebalik penggunaan logo PKR adalah untuk melaga-lagakan Melayu supaya berpecah-belah yang akhirnya memberi keuntungan kepada pihak ketiga iaitu DAP.

“Kalau PKR menang, yang untung adalah DAP. Mereka ‘kingmaker’ PH. Dalam gabungan PH, kita tidak melihat PPBM ke depan’ (menonjol) tetapi tunjang PH adalah DAP.

“PKR hanya parti yang ‘menurut’. Akhirnya siapa nak memperjuangkan Melayu dan sokongan kepada PH tidak menguntungkan Melayu,” katanya.

Sebaliknya, Zambri berkata, Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO akan terus memperjuang dan menunjangi hak Melayu serta Bumiputera dan ia jelas dilihat menerusi perbandingan aku janji Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Sabtu lalu.


DAP ADALAH ‘TOK DALANG’ DI SEBALIK STRATEGI PH – GPMS

Sekianlah artikel DAP ADALAH ‘TOK DALANG’ DI SEBALIK STRATEGI PH – GPMS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca DAP ADALAH ‘TOK DALANG’ DI SEBALIK STRATEGI PH – GPMS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/04/dap-adalah-tok-dalang-di-sebalik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DAP ADALAH ‘TOK DALANG’ DI SEBALIK STRATEGI PH – GPMS"

Posting Komentar