Bank Negara naikkan kadar dasar semalaman kepada 3.25 peratus

Bank Negara naikkan kadar dasar semalaman kepada 3.25 peratus - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bank Negara naikkan kadar dasar semalaman kepada 3.25 peratus, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bank Negara naikkan kadar dasar semalaman kepada 3.25 peratus
link : Bank Negara naikkan kadar dasar semalaman kepada 3.25 peratus

Baca juga


Bank Negara naikkan kadar dasar semalaman kepada 3.25 peratus

ISMA WEB
 

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus pada Mesyuarat Dasar Monetari (MPC) berikutan ia memutuskan untuk mengembalikan dasar monetari ke paras yang wajar dengan ekonomi negara berada pada landasan pertumbuhan yang menggalakkan.

“Kadar koridor terendah dan tertinggi bagi OPR, masing-masing dinaikkan kepada 3.00 peratus dan 3.50 peratus,” menurut bank pusat itu dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kali terakhir BNM mengubah kadar utamanya pada Julai 2016 apabila ia mengurangkan 25 mata asas.

“Pada masa sama, MPC menekankan perlunya tindakan awal diambil untuk memastikan pendirian dasar monetari adalah wajar untuk membendung peningkatan risiko yang mungkin timbul daripada kadar faedah yang terlalu rendah untuk tempoh masa yang lama,” katanya.

Pada kadar semasa OPR, pendirian dasar monetari kekal akomodatif, katanya, sambil menambah MPC akan terus menilai imbangan risiko berhubung prospek pertumbuhan domestik dan inflasi.

Katanya, ekonomi global terus bertambah kukuh dengan pertumbuhan kini lebih mantap dan segerak merentas rantau, manakala perdagangan global terus mencatat prestasi pertumbuhan yang kukuh.

“Ekonomi global diunjurkan mencatat pertumbuhan yang lebih pantas pada 2018. Dalam persekitaran ini, risiko kepada prospek pertumbuhan global adalah lebih seimbang, menunjukkan ekonomi global yang terus berkembang pada masa ini,” katanya.

Bagi ekonomi Malaysia, penunjuk terkini mengesahkan pengukuhan eksport dan aktiviti dalam negeri.

“Melangkah ke hadapan, momentum pertumbuhan yang teguh ini dijangka berterusan pada 2018, disokong oleh pertumbuhan global yang lebih mantap dan limpahan positif daripada sektor luaran kepada ekonomi dalam negeri.

“Permintaan dalam negeri akan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan berikutan keadaan pendapatan dan pasaran pekerja yang menggalakkan,” katanya.

Prospek aktiviti pelaburan juga positif, hasil dorongan daripada projek infrastruktur baharu dan sedang dalam pelaksanaan dan juga perbelanjaan modal oleh firma berorientasikan eksport dan dalam negeri, kata BNM.

Sektor luaran akan memberikan dorongan tambahan kepada ekonomi. Secara keseluruhan, pertumbuhan dijangka kekal kukuh pada 2018.

Inflasi keseluruhan berpurata pada 3.7 peratus pada 2017. Purata inflasi diunjurkan lebih rendah pada 2018, berikutan jangkaan kesan daripada faktor kos global yang semakin berkurangan.

Ringgit yang semakin kukuh berbanding 2017 akan mengurangkan kos import, katanya.

Pada 3.25 petang, ringgit berada pada 3.8950/9000 berbanding dolar US. Ia dibuka pada 3.9010/9040 berbanding dolar US daripada 3.9110/9140 semasa ditutup pada Rabu.

“Harga tenaga dan komoditi dunia dijangka meningkat lebih tinggi pada 2018. Bagaimanapun, trajektori inflasi keseluruhan bergantung pada harga minyak dunia yang akan datang, yang masih amat tidak menentu,” kata BNM.

Inflasi asas, seperti yang diukur oleh inflasi teras, juga sederhana. Pasaran kewangan domestik terus berdaya tahan.

Ringgit semakin kukuh, mencerminkan asas-asas ekonomi yang bertambah teguh. Mudah tunai sistem perbankan terus mencukupi dan institusi kewangan beroperasi dengan penampan modal dan mudah tunai yang kukuh, katanya sambil menambah pembiayaan kepada sektor swasta terus meningkat dan menyokong aktiviti ekonomi. – Bernama




Bank Negara naikkan kadar dasar semalaman kepada 3.25 peratus

Sekianlah artikel Bank Negara naikkan kadar dasar semalaman kepada 3.25 peratus kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Bank Negara naikkan kadar dasar semalaman kepada 3.25 peratus linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/bank-negara-naikkan-kadar-dasar.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bank Negara naikkan kadar dasar semalaman kepada 3.25 peratus"

Posting Komentar