Amanah sasar 100 kerusi DUN, mahu bukti bukan parti tercorot

Amanah sasar 100 kerusi DUN, mahu bukti bukan parti tercorot - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amanah sasar 100 kerusi DUN, mahu bukti bukan parti tercorot, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amanah sasar 100 kerusi DUN, mahu bukti bukan parti tercorot
link : Amanah sasar 100 kerusi DUN, mahu bukti bukan parti tercorot

Baca juga


Amanah sasar 100 kerusi DUN, mahu bukti bukan parti tercorot

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Amanah mensasarkan untuk sekurang-kurangnya mendapat 100 kerusi DUN di Semenanjung dan Sabah untuk ditandingi partinya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Setiausaha Agung parti itu, Mohd Anuar Mohd Tahir menjangkakan partinya tidak lagi berada pada kedudukan tercorot dalam agihan kerusi sesama parti komponen Pakatan Harapan (PH).
 
"Untuk kerusi DUN, tidak semestinya Parti Amanah Negara akan berada di tangga terakhir dari segi jumlah kerusi yang akan ditandingi.
 
"Sasaran kerusi yang bakal ditandingi berdasarkan kepada boleh menang kerana ada negeri kita dapat sehingga 14 kerusi dan ada negeri hanya 10 kerusi. Saya percaya sudah tentu parti akan diberikan sekurang-kurangnya 100 kerusi DUN di seluruh negara," katanya dipetik BH Online.
 
Anuar berkata, senario agihan kerusi DUN berbeza dengan Parlimen. Ujarnya peranan Amanah akan diperlukan di beberapa buah negeri, contohnya Kelantan dan Terengganu.
 
DAP pula akan mendapat kerusi lebih di Pulau Pinang, manakala di Selangor pembahagian kerusi akan menjadi lebih seimbang antara empat parti, ujar Anuar.
 
Bagi kerusi Parlimen di Semenanjung, Amanah memperoleh 27 kerusi, manakala PPBM diberi kepercayaan bertanding di 52 kerusi, diikuti PKR (51) dan DAP (35).
 
Mengulas lanjut, Mohd Anuar berkata, badan perhubungan empat parti di setiap negeri perlu menyelesaikan perundingan kerusi DUN sebelum Selasa depan untuk disahkan di peringkat Majlis Presiden gabungan pakatan pembangkang.
 
Katanya, selagi tidak dibawa ke peringkat Majlis Presiden, jumlah yang diuar-uarkan oleh pihak tertentu berhubung pembahagian kerusi dianggap tidak rasmi dan belum muktamad.
 
 


Amanah sasar 100 kerusi DUN, mahu bukti bukan parti tercorot

Sekianlah artikel Amanah sasar 100 kerusi DUN, mahu bukti bukan parti tercorot kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Amanah sasar 100 kerusi DUN, mahu bukti bukan parti tercorot linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/amanah-sasar-100-kerusi-dun-mahu-bukti.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Amanah sasar 100 kerusi DUN, mahu bukti bukan parti tercorot"

Posting Komentar