DAP 'raja putar belit' - Kurup...Bukan Kita Baru Tahu Siapa DAP Tu

DAP 'raja putar belit' - Kurup...Bukan Kita Baru Tahu Siapa DAP Tu - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP 'raja putar belit' - Kurup...Bukan Kita Baru Tahu Siapa DAP Tu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP 'raja putar belit' - Kurup...Bukan Kita Baru Tahu Siapa DAP Tu
link : DAP 'raja putar belit' - Kurup...Bukan Kita Baru Tahu Siapa DAP Tu

Baca juga


DAP 'raja putar belit' - Kurup...Bukan Kita Baru Tahu Siapa DAP Tu

KENINGAU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup, melabelkan parti DAP sebagai 'raja putar belit' yang menggerunkan dan perlu dijauhi rakyat.

Beliau berkata, setiap saat pemimpin parti itu hanya berfikir untuk mencari kelemahan orang lain berbanding kepemimpinan Barisan Nasional (BN) yang sepanjang masa mencari kaedah untuk mensejahterakan rakyat.

Sebagai contoh, Kurup berkata, DAP menuduh beliau dan BN di kawasan Pensiangan menjadikan projek membaik pulih rumah rakyat termiskin sebagai usaha memancing undi.

"Itu tidak betul sama sekali dan segala tuduhan DAP itu umpama menangguk di air keruh semata-mata untuk mendapatkan keterusan politik mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau rumah yang dibaik pulih di Kampung Mapila, Kuala Biah, Mampulut dan Ansip, di sini, semalam.

Kurup berkata, tuduhan tidak berasas dilemparkan DAP terhadap BN itu berniat jahat serta bertujuan menimbulkan kekeliruan dan kebencian rakyat terhadap kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Ingin saya jelaskan kepada anda (DAP) bahawa rumah di bawah program baik pulih yang anda dakwa sebagai tidak siap, dibuat secara ala kadar dan 'cincai', sebenarnya dalam proses pembinaan," katanya.

Beliau mengakui ada beberapa rumah yang lambat disiapkan kerana menunggu alat binaan, selain faktor jarak serta cuaca tidak menentu di kawasan pedalaman sejak kebelakangan ini.

Lidah rasmi DAP, Roket.com pada 8 Disember lalu mendakwa, program baik pulih rumah yang dianjurkan BN Pensiangan itu 'cincai dan ala kadar'.

"Dakwaan DAP itu semata-mata fitnah...sepanjang hari ini (Sabtu) saya membuat lawatan turun padang dengan melihat sendiri lapan rumah, termasuk berjumpa dengan penerima yang didakwa DAP itu.

"Rata-rata mereka berpuas hati. Anda (DAP) sepatutnya melawat rumah yang telah siap," katanya.

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan, berkata pemimpin DAP ketandusan modal politik sehingga sanggup melakukan apa saja, termasuk mempengaruhi rakyat dengan fitnah semata-mata untuk meraih simpati daripada pengundi di Pensiangan.

Beliau menasihatkan rakyat di kawasan Pensiangan supaya menjauhi dan menolak DAP yang disifatkannya sebagai 'sedang menyuntik fahaman politik sangat berbahaya' kepada rakyat di kawasan pedalaman Sabah khususnya di Pensiangan.

"Rakyat perlu menjauhi DAP. Rakyat perlu menolak parti pemfitnah. Mari bersatu menyokong kerajaan BN yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya. - BERNAMA


DAP 'raja putar belit' - Kurup...Bukan Kita Baru Tahu Siapa DAP Tu

Sekianlah artikel DAP 'raja putar belit' - Kurup...Bukan Kita Baru Tahu Siapa DAP Tu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca DAP 'raja putar belit' - Kurup...Bukan Kita Baru Tahu Siapa DAP Tu linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/dap-raja-putar-belit-kurupbukan-kita.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DAP 'raja putar belit' - Kurup...Bukan Kita Baru Tahu Siapa DAP Tu"

Posting Komentar