Judul : Ambil iktibar kontroversi IMAMS...Nak Lulus Jangan Ikut Suka Saja
link : Ambil iktibar kontroversi IMAMS...Nak Lulus Jangan Ikut Suka Saja
Ambil iktibar kontroversi IMAMS...Nak Lulus Jangan Ikut Suka Saja
KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu mengambil iktibar daripada kontroversi berkaitan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS).
Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Isham Jalil, berkata pihak berkaitan perlu berhati-hati sebelum melulus dan mengumumkan sesuatu inisiatif bagi memastikan ia sudah dinilai daripada pelbagai aspek terutama kesannya terhadap kepentingan rakyat.
Beliau berkata impak selepas IMAMS diumumkan menyebabkan rakyat marah dan seterusnya mengkritik kerajaan sekali gus menyebabkan kredibiliti terjejas.
Katanya, walaupun Perdana Menteri bersikap terbuka dan bersetuju IMAMS dibatalkan, ia satu keputusan yang berat kerana boleh menjejaskan kredibiliti kerajaan.
"Perdana Menteri terpaksa membuat keputusan itu kerana mengambil berat teguran rakyat walaupun tahu kerajaan boleh hilang kredibiliti, tetapi beliau buat sebab mendengar teguran rakyat.
"Bagi pihak kerajaan, parti dan UMNO Subang, saya rasa jika ada inisiatif yang hendak diumumkan, kerajaan kena berhati-hati sedikit. Perkara macam ini, hendak buat rakyat gembira susah.
"Selepas Bajet 2018 kerajaan umum RM3 bilion dan rakyat semua gembira tetapi disebabkan RM90.10 (kos IMAMS) rakyat terus marah.
"Saya tidak menyalahkan sesiapa tetapi nasihat saya kita perlu bijak dan 'jangan tembak kaki sendiri' lagi," katanya dalam bicara santai 'Anda Tanya Kita Jawab' yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa hari ini.
Program yang membincangkan topik berkaitan 'Pasca PAU (Perhimpunan Agung UMNO) 2017: UMNO Parti Untuk Masa Depan' dihoskan Annuar dihadiri Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said; Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Mohamad Rafii dan Isyam sebagai ahli panel.
Sementara itu, Annuar berkata, keputusan Najib berkaitan kontroversi IMAMS menunjukkan Perdana Menteri seorang pemimpin yang terbuka terhadap teguran dan kritikan.
Katanya, ia berbeza pada era Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO.
"Saya melalui pengalaman dalam Kabinet di bawah tiga Perdana Menteri berbeza. Zaman Najib lebih terbuka dan sedia menerima kritikan teguran.
"Dalam Majlis Tertinggi (MT) UMNO ketika ini, saya boleh kata ada empat ahli yang berani 'balun' dan bersuara dalam mesyuarat. Hal ini tidak pernah terjadi pada zaman Dr Mahathir.
"Maka kalau orang hendak kata Najib tidak boleh dikritik, ia tidak begitu. Zaman Najib semua boleh tegur dan kritik tetapi tidak ada yang kena pecat," katanya.
Annuar berkata, persepsi kononnya Najib tidak boleh dikritik adalah propaganda DAP untuk melemahkan UMNO kerana pembangkang tidak ada modal untuk menggugat kedudukan UMNO.
"DAP memperguna Dr Mahathir untuk memecah belahkan orang Melayu dan hendak mewujudkan 'kemusnahan maksimum' tetapi orang Melayu semakin sangsi terhadap Dr Mahathir serta tahap sokongan Melayu kepada pakatan pembangkang juga semakin merosot," katanya.

Sekianlah artikel Ambil iktibar kontroversi IMAMS...Nak Lulus Jangan Ikut Suka Saja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Ambil iktibar kontroversi IMAMS...Nak Lulus Jangan Ikut Suka Saja linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/ambil-iktibar-kontroversi-imamsnak.html
0 Response to "Ambil iktibar kontroversi IMAMS...Nak Lulus Jangan Ikut Suka Saja"
Posting Komentar