Sultan Selangor murka Dr Mahathir hina orang Bugis…

Sultan Selangor murka Dr Mahathir hina orang Bugis… - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sultan Selangor murka Dr Mahathir hina orang Bugis…, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Selangor murka Dr Mahathir hina orang Bugis…
link : Sultan Selangor murka Dr Mahathir hina orang Bugis…

Baca juga


Sultan Selangor murka Dr Mahathir hina orang Bugis…

Sudahlah himpunan anjuran Pakatan Harapan di Padang Timur Petaling Jaya pada 14 Oktober lalu gagal tarik kehadiran ramai...kenyataan pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad pasal ‘Lanun Bugis’ telah mencetuskan kemarahan bukan saja di Malaysia tetapi di Indonesia.

Khamis…Sultan Selangor sendiri yang salahsilah keturunan Kesulatan Selangor berasal dari Bugis menitahkan pandangan serius,murka dan amat kecewa pada penghinaan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Serentak dengan itu Dewan Diraja Selangor mahu satu siasatan dan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan atau apa jua undang-undang berkaitan wajar diambil ke atas Dr Mahathir.

Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais dalam satu kenyataan kata Sultan Selangor telah berbincang dengan Dewan Diraja Selangor mengenai hal itu hari ini.

“Berdasarkan rakaman klip video ucapan berkenaan yang telah tular di media sosial, tohmahan dan kenyataan Mahathir itu jelas menghina dan menggolongkan bangsa Bugis ini kononnya berasal usul dari golongan lanun, perompak dan penjenayah.

“Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menganggap ucapan berkenaan amatlah keterlaluan dan boleh mencetuskan rasa benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa Bugis sehingga boleh mencetuskan kekecohan dan huru-hara.

“Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasihah dan keturunan Kesulatan Selangor yang berasal dari Bugis.

“Fakta sejarah membuktikan Kesultanan Selangor beketurunan Bugis adalah pahlawan yang memperjuangkan dan mempertahankan keamanan di seluruh kepulauan Nusantara.

“Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri yang menerajui negara ini selama 22 tahun seharusnya lebih berhati-hati dan mengetahui fakta tentang sejarah keturunan Bugis.

“Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menjunjung segala titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkaitan dengan isu ini dan berpandangan agar satu siasatan dan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan atau apa jua undang-undang berkaitan wajar diambil ke atas Mahathir,”katanya.

Kenyataan itu juga mengingatkan semua pihak terutama orang politik supaya tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik.

Dr Mahathir telah menyentuh soal orang Bugis semasa ucapan beliau di himpunan berkenaan.

Ketika mengulas kemarahan masyarakat Bugis di negara ini dan Indonesia terhadap kenyataanya,Dr Mahathir dakwa beliau bukan menghina keseluruhan keturunan Bugis.

“Saya tak hina orang Bugis, orang Bugis ada yang baik, tapi penyangak pun ada juga....,”katanya.


Sultan Selangor murka Dr Mahathir hina orang Bugis…

Sekianlah artikel Sultan Selangor murka Dr Mahathir hina orang Bugis… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Sultan Selangor murka Dr Mahathir hina orang Bugis… linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/sultan-selangor-murka-dr-mahathir-hina.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sultan Selangor murka Dr Mahathir hina orang Bugis…"

Posting Komentar