Judul : Hukuman sebat syariah hanya di Kelantan... - Zahid Hamidi
link : Hukuman sebat syariah hanya di Kelantan... - Zahid Hamidi
Hukuman sebat syariah hanya di Kelantan... - Zahid Hamidi
Hukuman sebat syariah di Kelantan hanya membabitkan umat Islam yang melakukan kesalahan di negeri itu sahaja dan tidak membabitkan masyarakat bukan Islam atau dilaksanakan di negeri-negeri lain.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap tidak timbul sebarang spekulasi berhubung kelulusan pelaksanaan enakmen syariah yang memperuntukkan hukuman sebat bagi pesalah syariah itu.
Menurutnya perkara itu hanya membabitkan umat slam di negeri berkenaan semata-mata dan tidak merangkumi masyarakat bukan Islam.
"Kita perlu melihat perkara ini dalam konteks ia hanya membabitkan orang Islam, di negeri berkenaan sahaja dan tidak membabitkan orang bukan Islam.
"Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mempunyai hak berbuat demikian kerana memiliki suara majoriti dalam dewan berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian sebelum berlepas pulang ke ibu negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), sebentar tadi selepas mengadakan lawatan kerja ke Sri Aman.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan sebarang pelaksanaan undang-undang baru, termasuk membabitkan enakmen syariah di negeri berkenaan perlu mendapat perkenan Sultan Kelantan.
Pada Rabu Dewan Undangan Negeri Kelantan sebulat suara meluluskan RUU tersebut.
Ia juga memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama untuk menggunakan gari ke atas suspek jenayah syariah, dan membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan.
Wakil rakyat PKR di Kelantan, Adun Guchil Mohamad Roslan Puteh berkata PKR menyokong RUU itu dengan bersyarat.
“Setuju jika menepati dan selari sebagaimana syarat dan kaedah serta perlaksanaan hukuman dalam Islam,” katanya.
Roslan sebelum ini dipuji PAS kerana menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (EKJS II) dilaksanakan di negeri itu, walaupun dikatakan mendapat tentangan daripada wakil rakyat PKR lain. EKJS II sebelum ini dilaporkan sebagai enakmen hudud, qisas dan takzir.

Sekianlah artikel Hukuman sebat syariah hanya di Kelantan... - Zahid Hamidi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Hukuman sebat syariah hanya di Kelantan... - Zahid Hamidi linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/07/hukuman-sebat-syariah-hanya-di-kelantan.html
0 Response to "Hukuman sebat syariah hanya di Kelantan... - Zahid Hamidi"
Posting Komentar