Judul : Hashim Jasin: Nasib Tiga Exco PAS Selangor Akan Di Ketahui Khamis !
link : Hashim Jasin: Nasib Tiga Exco PAS Selangor Akan Di Ketahui Khamis !
Hashim Jasin: Nasib Tiga Exco PAS Selangor Akan Di Ketahui Khamis !
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata walaupun majlis syura parti itu telah membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PKR, kedudukan ketiga-tiga exconya di negeri tersebut masih belum dimuktamadkan.
"Kami akan serahkan kepada jawatankuasa pusat parti ini untuk berbincang tentang keputusan tersebut.
"Mereka akan bertemu di Kuala Lumpur untuk membincangkan perkara itu pada Khamis," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya PAS Kawasan Kepala Batas di Kota Aur dekat sini Ahad.
Menurut laporan, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali telah meminta ketiga-tiga exco PAS iaitu Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib supaya melepaskan jawatan masing-masing dalam satu pertemuan pada Jumaat.
Ditanya sama ada PAS menjangkakan tiga pemimpinnya akan meletak jawatan sebagai exco Selangor, Hashim berkata ia tidak dapat dielakkan.
Namun beliau membayangkan mungkin ada 'pihak berkuasa yang lebih tinggi' di Selangor yang tidak akan membenarkan tiga pemimpin PAS itu untuk melepaskan jawatan mereka. #sumber
Hashim Jasin: Nasib Tiga Exco PAS Selangor Akan Di Ketahui Khamis !
Sekianlah artikel Hashim Jasin: Nasib Tiga Exco PAS Selangor Akan Di Ketahui Khamis ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Hashim Jasin: Nasib Tiga Exco PAS Selangor Akan Di Ketahui Khamis ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/hashim-jasin-nasib-tiga-exco-pas.html
0 Response to "Hashim Jasin: Nasib Tiga Exco PAS Selangor Akan Di Ketahui Khamis !"
Posting Komentar