Judul : PAS Di Nasihat Tak Cakap "Pusing-Pusing", Tidak Perlu Heret Istana !
link : PAS Di Nasihat Tak Cakap "Pusing-Pusing", Tidak Perlu Heret Istana !
PAS Di Nasihat Tak Cakap "Pusing-Pusing", Tidak Perlu Heret Istana !
KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali menasihatkan PAS supaya tidak bercakap ‘pusing-pusing’ dengan mengatakan hanya Sultan Selangor berhak mengarahkan 3 exco mereka meletak jawatan.
Presiden Perkasa itu berkata 3 exco terbabit – Datuk Iskandar Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib – perlu berani meletak jawatan jika mahu maruah PAS dipandang tinggi.
“3 exco PAS di Selangor patut letak jawatan mereka dan tidak perlu berdolak dalik mengatakan pegang jawatan itu atas mandat rakyat.
“Jangan guna institusi Diraja untuk selindung. Mana mungkin dah cerai tetapi duduk satu rumah. Ini dah jadi khalwat politik,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Perkasa.
PAS pada sidang medianya hari ini menegaskan exconya tidak akan berganjak dari tempat mereka selagi tidak diarah berbuat demikian oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan berkata mereka akan mengabaikan sebarang arahan letak jawatan daripada menteri besar kerana exco mereka dilantik dan menjalankan tugas atas perkenan sultan.
Menurut Takiyuddin, ketetapan itu dibuat berdasarkan kepada perlembagaan dan undang-undang negeri.
Laporan Azmin meminta exco PAS melepaskan jawatan mereka bagaimanapun dinafikan setiausaha politik kepada menteri besar, Mat Suhaimi Shafie.
“Itu ‘spin’. Sepanjang pengetahuan saya, ia tidak berlaku,” katanya.
Ibrahim berkata keputusan PAS memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR sudah mengambarkan kedua-dua parti itu tidak sehaluan.
“Saya percaya jika PAS letak jawatan, parti itu akan dipandang tinggi dan maruah PAS juga. Selebihnya biar rakyat menilainya. Tak perlu dolak dalih,” katanya.
PAS mempunyai 3 exco dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dan ramai ahli majlis di peringkat kerajaan tempatan. Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor Mohd Shafie Ngah juga daripada PAS.
Muktamar PAS sebulat suara meluluskan usul memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR pada 30 April lepas. Keputusan diluluskan Majlis Syura Ulama PAS Khamis lepas. #sumber
PAS Di Nasihat Tak Cakap "Pusing-Pusing", Tidak Perlu Heret Istana !
Sekianlah artikel PAS Di Nasihat Tak Cakap "Pusing-Pusing", Tidak Perlu Heret Istana ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PAS Di Nasihat Tak Cakap "Pusing-Pusing", Tidak Perlu Heret Istana ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/pas-di-nasihat-tak-cakap-pusing-pusing.html
0 Response to "PAS Di Nasihat Tak Cakap "Pusing-Pusing", Tidak Perlu Heret Istana !"
Posting Komentar