Guan Eng bikin panas... kritik prestasi lemah ADUN PKR

Guan Eng bikin panas... kritik prestasi lemah ADUN PKR - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guan Eng bikin panas... kritik prestasi lemah ADUN PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guan Eng bikin panas... kritik prestasi lemah ADUN PKR
link : Guan Eng bikin panas... kritik prestasi lemah ADUN PKR

Baca juga


Guan Eng bikin panas... kritik prestasi lemah ADUN PKR

Memang jenis cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar... tidak belajar daripada sejarah PAS merajuk dengan DAP, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meneruskan tindakan menghina rakan sendiri selepas mengkritik ADUN PKR yang didakwanya berprestasi lemah.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendakwa tindakan beliau menyekat ADUN PKR Kebun Bunga, Cheah Kah Peng daripada menguruskan pendaftaran bagi bantuan kewangan untuk mangsa banjir kawasannya dilakukan kerana prestasinya yang lemah.

Guan Eng merujuk kepada prestasi Cheah semasa bencana banjir yang berlaku di negeri itu 15 September dan 4 dan 5 November.

Memetik laporan Malaysiakini, meskipun beberapa ADUN PKR lain turut mempersoalkan dasar kerajaan negeri, Guan Eng memaklumkan mereka tidak menerima tindakan sebagaimana Cheah.

"Saya melawat kawasan di DUN beliau yang menerima kesan teruk akibat banjir dan ada penentangan yang hebat terhadap wakil rakyat Kebun Bunga.

"Penduduk sangat tidak berpuas hati dan malah mengeluarkan kata-kata kesat kepada ADUN, pada masa sama memuji dan mengucapkan terima kasih kepada ADUN Pulau Tikus dari DAP, Yap Soo Huey kerana membantu mereka.

"Malah mereka lebih cenderung untuk mengundi Yap. Jelas mereka adalah penyokong kami, jadi bagaimana kami boleh mengabaikan mereka?" soal Lim," katanya.

Cheah merupakan antara salah seorang daripada lima ADUN PKR yang mengambil sikap berkecuali dalam pengundian usul yang dibawa Umno di DUN Pulau Pinang pada November 2015, untuk menghentikan semua projek penambakan tanah di negeri itu.

Kepimpinan PKR negeri diketuai bekas timbalan ketua menteri Datuk Mansor Othman dijadualkan bertemu Lim dalam soal sekatan terhadap Cheah itu, tetapi sehingga hari ini tiada tarikh yang diputuskan.

Dalam pada itu Guan Eng mendakwa penduduk di kawasan Kebun Bunga tidak berpuas hati dengan khidmat Cheah, berdasarkan rakaman video lawatan di Ladang Hong Seng baru-baru ini.

"Apa yang lebih penting adalah mereka memberi maklum balas jika ada kelemahan, dan kerajaan negeri akan mengambil tindakan susulan," katanya.


Guan Eng bikin panas... kritik prestasi lemah ADUN PKR

Sekianlah artikel Guan Eng bikin panas... kritik prestasi lemah ADUN PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Guan Eng bikin panas... kritik prestasi lemah ADUN PKR linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/guan-eng-bikin-panas-kritik-prestasi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Guan Eng bikin panas... kritik prestasi lemah ADUN PKR"

Posting Komentar