Judul : Syabas OUR PM!!!! Malaysia tidak putuskan hubungan dengan Korea Utara - PM
link : Syabas OUR PM!!!! Malaysia tidak putuskan hubungan dengan Korea Utara - PM
Syabas OUR PM!!!! Malaysia tidak putuskan hubungan dengan Korea Utara - PM
Malaysia tidak memutuskan hubungan dengan Korea Utara setelah republik itu memenuhi tuntutan-tuntutan yang ditetapkan dalam proses rundingan sehingga membawa kepada pelepasan sembilan rakyat Malaysia yang menjadi tahanan di Pyongyang sejak lebih sebulan lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata walaupun berdepan kesukaran namun penyelesaian yang dicapai berjaya memenuhi dua objektif rundingan yang ditetapkan kerajaan.
Kedua-dua objektif itu ialah memastikan keselamatan kesemua sembilan rakyat yang ditahan dan menjamin soal kedaulatan negara tidak diketepikan oleh sesiapapun.
"Oleh itu, kita harap Korea Utara jangan lagi buat angkara seperti ini lagi kerana ia boleh memudaratkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara," katanya ketika bercakap kepada wartawan Malaysia di hujung lawatan dua harinya di Chennai, yang berakhir hari ini.
Perdana menteri kini sedang dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke India, dan akan berangkat ke New Delhi lewat petang ini.
Krisis antara Malaysia-Korea Utara tercetus akibat kes pembunuhan seorang lelaki warganegara Korea Utara, Kim Jong-nam di KLIA2, Sepang, pada 13 Februari lalu.
Bagaimanapun selepas 46 hari, krisis kedua-dua negara itu selesai dengan hasil persetujuan bersama antara kedua pihak.
Mayat Jong-nam dihantar pulang dari KLIA ke Beijing pada 7.30 petang semalam.
Manakala sembilan rakyat Malaysia yang 'terkandas' di Korea Utara berlepas dari Pyongyang pada 7.45 malam Khamis waktu Malaysia dan selamat tiba di Kuala Lumpur, pagi ini.
Malaysia turut menarik semula larangan rakyat Korea Utara meninggalkan negara ini serta merta.
Syabas OUR PM!!!! Malaysia tidak putuskan hubungan dengan Korea Utara - PM
Sekianlah artikel Syabas OUR PM!!!! Malaysia tidak putuskan hubungan dengan Korea Utara - PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Syabas OUR PM!!!! Malaysia tidak putuskan hubungan dengan Korea Utara - PM linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/syabas-our-pm-malaysia-tidak-putuskan.html
0 Response to "Syabas OUR PM!!!! Malaysia tidak putuskan hubungan dengan Korea Utara - PM"
Posting Komentar