Dialog Tun M, Nazri sah berlangsung 7 April

Dialog Tun M, Nazri sah berlangsung 7 April - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dialog Tun M, Nazri sah berlangsung 7 April, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dialog Tun M, Nazri sah berlangsung 7 April
link : Dialog Tun M, Nazri sah berlangsung 7 April

Baca juga


Dialog Tun M, Nazri sah berlangsung 7 April

Dialog antara mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz sah akan berlangsung pada 7 April ini, jam 9.00 malam.
 
Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, sesi dialog juga tidak mendapat halangan daripada pihak polis.
 
"Alhamdulillah, hari ini kami sudah menerima surat pemakluman daripada polis Shah Alam yang tidak menghalang sesi dialog ini diadakan. 
 
"Kami juga akan mematuhi semua arahan dan garis panduan yang diberikan sepanjang sesi itu berlangsung," katanya dipetik sinar Harian Online.
 
Hussamuddin turut memuatnaik surat daripada polis bertarikh 31 Mac di akuan media sosialnya.
 
Menerusi surat itu, polis mengenakan beberapa syarat kepada Kumpulan Karangkraf selaku penganjur, iaitu memastikan acara itu tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.  
 
Polis turut mengenakan beberapa syarat dan sekatan demi keselamatan dan ketenteraman awam.
 
Antaranya, penganjur perlu memastikan peserta himpunan tidak bertindak atau mengeluarkan kenyataan menghasut yang boleh menimbulkan kemarahan di kalangan orang ramai atau mengganggu ketenteraman awam.
 
Penganjur sebelum ini memaklumkan kepada polis pada 27 Mac lalu bahawa majlis itu akan diadakan di Dewan Sultan Muhammad Ke-5, Kompleks Karangkraf, Shah Alam.
 
Dalam pada itu menurut Hussamuddin, sesi dialog berkenaan hanya akan dihadiri penonton yang menerima kad jemputan sahaja dan perkara itu sudah dimaklumkan kepada kedua-dua belah pihak.
 
"Seramai 450 penonton akan hadir yang terdiri daripada pihak Tun Mahathir, Mohamed Nazri dan jemputan Sinar Harian. Penonton yang dijemput akan dimaklumkan mengenai beberapa peraturan yang harus dipatuhi.
 
"Parkir juga disediakan di dalam premis kami untuk kemudahan jemputan yang hadir," ujarnya.
 
Tambahnya, biarpun jumlah penonton terhad, namun sesi dialog ini boleh disaksikan secara langsung menerusi Sinar TV iaitu di www.sinar.tv serta rangkaian Sinar Harian yang lain seperti portal dan juga laman sosial seperti Twitter dan Facebook.
 
Penasihat Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali bertindak sebagai moderator dialog berkenaan. 


Dialog Tun M, Nazri sah berlangsung 7 April

Sekianlah artikel Dialog Tun M, Nazri sah berlangsung 7 April kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Dialog Tun M, Nazri sah berlangsung 7 April linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/dialog-tun-m-nazri-sah-berlangsung-7.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dialog Tun M, Nazri sah berlangsung 7 April"

Posting Komentar