Rekod 24 Tahun 100 Meter Wanita Akhirnya Lebur, Zaidatul Husniah Terpantas !

Rekod 24 Tahun 100 Meter Wanita Akhirnya Lebur, Zaidatul Husniah Terpantas ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rekod 24 Tahun 100 Meter Wanita Akhirnya Lebur, Zaidatul Husniah Terpantas !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rekod 24 Tahun 100 Meter Wanita Akhirnya Lebur, Zaidatul Husniah Terpantas !
link : Rekod 24 Tahun 100 Meter Wanita Akhirnya Lebur, Zaidatul Husniah Terpantas !

Baca juga


Rekod 24 Tahun 100 Meter Wanita Akhirnya Lebur, Zaidatul Husniah Terpantas !


KUALA LUMPUR: Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli akhirnya meleburkan rekod 24 tahun dalam acara 100 meter wanita pada Kejohanan ASA Speed Series 2 di Bloemfontein, Afrika Selatan, awal Khamis.

Zaidatul Husniah, 24, melakar catatan masa 11.45 saat dengan bantuan angin sebanyak 0.4 saat, sekaligus memadam rekod terdahulu iaitu 11.50 saat dicatat G.Shanti pada Kejohanan Pra-Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 7 Mei 1993. 

Kejayaan atlet dari Alor Setar, Kedah itu disahkan ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Zainal Abas yang dihubungi Bernama.

Zaidatul Husniah bagaimanapun menamatkan saingan di tempat kedua pada aksi final Kumpulan B di belakang atlet tuan rumah, Tamzin Thomas yang mewakili University of Western Cape (11.44 saat) manakala tempat ketiga diraih seorang lagi atlet tuan rumah, Tsaone Sebele dari University of Johannesburg menerusi catatan masa 11.48 saat.

Seorang lagi atlet kebangsaan, S. Komalam Shally menduduki tempat keempat selepas mencatat masa 11.72 saat.

Terdahulu, Zaidatul Husniah pernah memecahkan rekod kebangsaan dalam acara yang sama dengan catatan masa 11.36 saat pada Kejohanan AGN League 7 di Pretoria, Afrika Selatan, Sabtu lepas namun ia tidak diiktiraf kerana mendapat bantuan angin sebanyak 2.5 saat.

Peraturan Kesatuan Olahraga Dunia (IAAF) mensyaratkan hanya catatan dengan bantuan angin di bawah dua saat dikira sebagai rekod baharu seseorang atlet. #sumber


Rekod 24 Tahun 100 Meter Wanita Akhirnya Lebur, Zaidatul Husniah Terpantas !

Sekianlah artikel Rekod 24 Tahun 100 Meter Wanita Akhirnya Lebur, Zaidatul Husniah Terpantas ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Rekod 24 Tahun 100 Meter Wanita Akhirnya Lebur, Zaidatul Husniah Terpantas ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/rekod-24-tahun-100-meter-wanita.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rekod 24 Tahun 100 Meter Wanita Akhirnya Lebur, Zaidatul Husniah Terpantas !"

Posting Komentar