Judul : Bapa Penyanyi Lagu 'Kawan' Ruhil Amani, Pak Hussein Ali Meninggal Dunia
link : Bapa Penyanyi Lagu 'Kawan' Ruhil Amani, Pak Hussein Ali Meninggal Dunia
Bapa Penyanyi Lagu 'Kawan' Ruhil Amani, Pak Hussein Ali Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR: Bapa kepada penyanyi Ruhil Amani, Hussein Ali, 66, meninggal dunia di Hospital Putrajaya, 10.48 malam tadi akibat jangkitan kuman.
Allahyarham yang mengalami masalah jantung dan kencing manis dimasukkan ke hospital berkenaan sejak enam minggu lalu kerana demam.
Ruhil yang juga anak keduanya berkata, keadaan kesihatan bapanya semakin merosot dan mula kritikal, 8.00 malam tadi.
"Ayah pergi dalam keadaan tenang di hadapan ibu, Hasnah Hassan dan menantunya, Gibran Agi," katanya.
Ruhil berkata, jenazah bapanya disembahyangkan di Masjid Sungai Sekamat, Kajang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sekamat pagi ini.
Allahyarham yang pernah mengasaskan syarikat rakaman Matahati Records bersama Datuk M Nasir, mempunyai tiga anak iaitu Shaiful Asnawi, Ruhil Shafinaz dan Ruhil Amani serta tujuh cucu. #sumber
Bapa Penyanyi Lagu 'Kawan' Ruhil Amani, Pak Hussein Ali Meninggal Dunia
Sekianlah artikel Bapa Penyanyi Lagu 'Kawan' Ruhil Amani, Pak Hussein Ali Meninggal Dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Bapa Penyanyi Lagu 'Kawan' Ruhil Amani, Pak Hussein Ali Meninggal Dunia linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/bapa-penyanyi-lagu-kawan-ruhil-amani.html
0 Response to "Bapa Penyanyi Lagu 'Kawan' Ruhil Amani, Pak Hussein Ali Meninggal Dunia"
Posting Komentar