Kes "Rasuah Dan Penyelewengan" Hartanah, "Exco Johor" Di Tahan SPRM

Kes "Rasuah Dan Penyelewengan" Hartanah, "Exco Johor" Di Tahan SPRM - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes "Rasuah Dan Penyelewengan" Hartanah, "Exco Johor" Di Tahan SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes "Rasuah Dan Penyelewengan" Hartanah, "Exco Johor" Di Tahan SPRM
link : Kes "Rasuah Dan Penyelewengan" Hartanah, "Exco Johor" Di Tahan SPRM

Baca juga


Kes "Rasuah Dan Penyelewengan" Hartanah, "Exco Johor" Di Tahan SPRM


PETALING JAYA: Exco Kerajaan Negeri Johor Datuk Abd Latif Bandi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khamis berhubung kes rasuah dan penyelewengan hartanah.

Abd Latif ditahan pada kira-kira pukuk 11 pagi ini ketika hadir di pejabat SPRM Johor Bahru.
 

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad mengesahkan penahanan tersebut, ketika mengadakan lawatan ke pejabat The Star di sini, Khamis.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu telah mula bercuti pada 1 Mac lalu untuk suatu tempoh yang belum diputuskan.

Susulan cuti Abd Latif, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Rabu mengumumkan penyusunan semula tiga portfolio Exco kerajaan negeri Johor berkuatkuasa Ahad ini di mana jawatan Abd Latif akan dipangku Datuk Md Jais Sarday.

Difahamkan, Abdul Latif mengambil cuti selepas anak lelaki dan pegawai khasnya ditahan SPRM dalam operasi pada pagi 28 Februari lalu.

Turut ditahan dua pemaju, masing-masing seorang peguam dan orang awam yang dipercayai terlibat dalam skandal sama di Johor.

Dalam operasi berkenaan, SPRM turut merampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,00 termasuk mata wang asing dan dokumen-dokumen yang dipercayai dapat membantu siasatan.

Sebanyak 45 akaun bank milik bersama kesemua suspek melibatkan sekurang-kurangnya RM15.5 juta juga dibekukan bagi membantu siasatan.

SPRM dalam kenyataannya berhubung penahanan Abdu Latif itu berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM dan Seksyen 4 Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. #sumber


Kes "Rasuah Dan Penyelewengan" Hartanah, "Exco Johor" Di Tahan SPRM

Sekianlah artikel Kes "Rasuah Dan Penyelewengan" Hartanah, "Exco Johor" Di Tahan SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kes "Rasuah Dan Penyelewengan" Hartanah, "Exco Johor" Di Tahan SPRM linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/kes-rasuah-dan-penyelewengan-hartanah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kes "Rasuah Dan Penyelewengan" Hartanah, "Exco Johor" Di Tahan SPRM"

Posting Komentar