Judul : PAS tak tolak ambil kembali kerusi pinjaman PKR
link : PAS tak tolak ambil kembali kerusi pinjaman PKR
PAS tak tolak ambil kembali kerusi pinjaman PKR
ANTARAPOS.COM
KOTA BHARU: PAS membayangkan akan merampas kembali kerusi yang sebelum ini dipinjamkan kepada PKR di Selangor.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki berkata, langkah itu akan diambil sekiranya muktamar tahunan PAS di Kedah akhir bulan depan membuat keputusan memutuskan kerjasama politik dengan PKR.
Ini, termasuk parlimen Gombak yang disandang Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.
“Kita tidak menolak kemungkinan mengambil balik kerusi di Selangor termasuk kerusi PKR. Pada masa ini kita masih mempunyai hubungan dengan PKR dan kita perlu tunggu muktamar membuat keputusannya nanti.
“Kalau putus (hubungan PAS dan PKR) bukan sahaja di Selangor, malah kerusi di seluruh negara kita ambil,” katanya kepada pemberita selepas ceramah di Kota Bharu malam tadi yang dipetik daripada Utusan Malaysia.
Tanpa menamakan, Azmin Selasa lalu mempersendakan kekuatan seorang 'tok lebai' yang bercita-cita hendak menawan Selangor, walaupun “kalah tersungkur” di kawasan sendiri.
Nik Abduh kalah teruk dengan 37 undi pada pemilihan PAS peringkat kawasan di Pengkalan Chepa.
Tulisan Azmin itu juga mengundang kemarahan meluas akar umbi PAS.
PAS tak tolak ambil kembali kerusi pinjaman PKR
Sekianlah artikel PAS tak tolak ambil kembali kerusi pinjaman PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PAS tak tolak ambil kembali kerusi pinjaman PKR linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/pas-tak-tolak-ambil-kembali-kerusi.html
0 Response to "PAS tak tolak ambil kembali kerusi pinjaman PKR"
Posting Komentar