Pemuda Pakatan Harapan gesa SPRM kemuka hasil siasatan rasuah Jabatan Air Sabah

Pemuda Pakatan Harapan gesa SPRM kemuka hasil siasatan rasuah Jabatan Air Sabah - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemuda Pakatan Harapan gesa SPRM kemuka hasil siasatan rasuah Jabatan Air Sabah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemuda Pakatan Harapan gesa SPRM kemuka hasil siasatan rasuah Jabatan Air Sabah
link : Pemuda Pakatan Harapan gesa SPRM kemuka hasil siasatan rasuah Jabatan Air Sabah

Baca juga


Pemuda Pakatan Harapan gesa SPRM kemuka hasil siasatan rasuah Jabatan Air Sabah

 SITI HAZAR & ASRAF SHARAFI
 
 
Pemuda Pakatan Sabah menyerahkan surat menggesa SPRM mengemukan hasil siasatan skandal air Sabah Pemuda Pakatan Sabah menyerahkan surat menggesa SPRM mengemukan hasil siasatan skandal air Sabah

Pemuda Pakatan Harapan Sabah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri memberikan penjelasan mengenai perkembangan hasil siasatan skandal rasuah yang melibatkan dua pegawai Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Gesaan itu dibuat dalam surat yang diserahkan kepada Pengarah SPRM negeri, Datuk Shahrun Nizam Abdul Manap di pejabat beliau semalam.

Menurut Ketua Pemuda Amanah Sabah Khairuddin Daud, maklumat terakhir yang diumumkan SPRM melalui Timbalan Pesuruhhaya (Operasi), Datuk Azam Baki yang menyebut Ops Water masuki fasa terakhir siasatan dan selepas dari itu, tiada sebarang informasi mengenai perkembangan kes berkenaan.

Selain Khairuddin, turut bersama ke pejabat SPRM menyerahkan surat tersebut ialah ahli jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah Razeef Rakimin dan Setiausaha dan Penolong Setiausaha AMANAH Sabah, Asraf Sharafi dan Ammy Ak Nila.

Pada 26 Oktober lalu, 14 pegawai sebuah jabatan kerajaan di Sabah, yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana projek asas bernilai RM3.3 bilion, dibebaskan dengan ikat jamin antara RM50,000 dan RM200,000 tanpa deposit dengan dua penjamin setiap seorang.

Mereka yang dibebaskan terdiri daripada lima jurutera bahagian, tiga jurutera daerah dan masing-masing seorang juruteknik dan pegawai kerja air yang dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

Mengulas lanjut, Khairuddin turut mempersoalkan berkenaan status siasatan skandal rasuah tersebut sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi daripada SPRM.

“Bukan kami sahaja, saya percaya rakyat Malaysia khususnya masyarakat Sabah juga tertanya-tanya apakah hasil siasatan melibatkan skandal peruntukan RM 3.3 billion tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Pemuda Pakatan Harapan Sabah turut menggesa bidang kuasa SPRM diperluaskan dengan tidak hanya mempunyai kuasa menjalankan siasatan bahkan turut boleh mendakwa mana-mana individu terlibat.

“Kami turut menyatakan, keperluan bidang kuasa SPRM perlu diperluaskan. Tidak hanya mempunyai kuasa untuk menyiasat, sebaliknya mempunyai kuasa untuk pendakwaan,” katanya lagi.

Jelas Khairuddin, hal ini penting bagi memberikan kebebasan kepada SPRM menjalankan siasatan tanpa ada campur tangan pihak-pihak berkepentingan dalam SPRM.

Khairuddin turut menyarankan SPRM tampil memberikan jawapan bertulis atau mengadakan sidang media untuk menjelaskan status siasatan tersebut.

“Rakyat Sabah menantikan pengakhiran yang adil dan saksama daripada penguasa undang-undang. Dengan nilai sebanyak RM 3.3 billion, rakyat Sabah berhak menikmati bekalan air yang lebih bersih, mempunyai selenggaraan yang efektif dan sentiasa mencukupi”, tegasnya.

Surat mereka diterima oleh dua orang pegawai SPRM Sabah bertugas iaitu Samsul dan Christopher dan menurut mereka surat itu akan diajukan kepada SPRM Putrajaya kerana kes ini dikendalikan oleh Pegawai daripada SPRM Putrajaya.



Pemuda Pakatan Harapan gesa SPRM kemuka hasil siasatan rasuah Jabatan Air Sabah

Sekianlah artikel Pemuda Pakatan Harapan gesa SPRM kemuka hasil siasatan rasuah Jabatan Air Sabah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pemuda Pakatan Harapan gesa SPRM kemuka hasil siasatan rasuah Jabatan Air Sabah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/pemuda-pakatan-harapan-gesa-sprm-kemuka.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pemuda Pakatan Harapan gesa SPRM kemuka hasil siasatan rasuah Jabatan Air Sabah"

Posting Komentar