Judul : Jika betul saya tidak reti kira, samanlah saya, kata Rafizi
link : Jika betul saya tidak reti kira, samanlah saya, kata Rafizi
Jika betul saya tidak reti kira, samanlah saya, kata Rafizi
MALAYSIA DATELINE"Jika benar saya tidak pandai mengira dan dakwaan saya bahawa kos keseluruhan projek MRT melebihi RM100 bilion itu satu fitnah, sewajarnya Datuk Johari menasihati Datuk Seri Najib untuk menyaman saya di mahkamah secepat mungkin kerana tempoh tujuh hari yang saya berikan akan tamat pada 26 Disember 2016, iaitu 3 hari sahaja lagi," katanya dalam satu kenyataan.
Rafizi Ramli mengingatkan Johari agar tidak mencemarkan reputasinya dengan mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu jumlah kos projek Transit Aliran Massa (MRT).
Berdasarkan pungutan suara menerusi Facebook berhubung isu itu, Rafizi berkata, hanya 10 peratus daripada netizen yang turut serta bersetuju kos keseluruhan adalah RM21 bilion dan penjimatan RM2 bilion dicapai.
"21 peratus pula merasakan kosnya melebihi RM100 bilion manakala 69 peratus keliru dengan kos sebenar," kata beliau dalam kenyataannya semalam.
"Daripada reaksi mereka, adalah jelas bahawa orang-orang di luar sana lebih yakin dengan pengiraan saya daripada dengan Najib atau Johari.
"Sebab itu saya menasihati Johari untuk tidak menjadi mangsa untuk mempertahankan Najib seperti mana Datuk Ahmad Maslan dahulu.
"Jika beliau (Johari) tidak berhati-hati, tempat beliau di mata rakyat boleh menjadi seperti Ahmad Maslan juga," jelasnya yang juga ahli Parlimen Pandan.
Terdahulu, Johari berkata, Rafizi sebenarnya jahil dalam ilmu kira-kira.
Ujar Johari, Rafizi keliru apabila terus mendakwa kos pembinaan rangkaian pengangkutan MRT melebihi RM100 bilion.
Perkiraan yang dibuat bekas pegawai kanan Petronas itu tidak sama dengan penjelasan diberi kerajaan, tambahnya.
"Sebenarnya dia (Rafizi) tak reti kira.
"(Kerajaan) cakap RM21 bilion (kos binaan MRT itu adalah) dari Sungai Buloh ke Kajang.
"Dia (Rafizi) kira dari Sungai Buloh ke Semantan. (Kos disebut kerajaan sebanyak) RM21 bilion adalah dari Sungai Buloh ke Kajang," katanya.
Sebelum itu, Rafizi bertegas dengan dakwaannya bahawa kos pembinaan MRT melebihi RM100 bilion.
Jika betul saya tidak reti kira, samanlah saya, kata Rafizi
Sekianlah artikel Jika betul saya tidak reti kira, samanlah saya, kata Rafizi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Jika betul saya tidak reti kira, samanlah saya, kata Rafizi linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/jika-betul-saya-tidak-reti-kira.html
0 Response to "Jika betul saya tidak reti kira, samanlah saya, kata Rafizi"
Posting Komentar