Judul : ASB YANG MENGECEWAKAN....
link : ASB YANG MENGECEWAKAN....
ASB YANG MENGECEWAKAN....
shahbudindotcom
Ramai yang nampaknya kecewa dengan pulangan pelaburan ASB bagi tahun ini yang lebih rendah berbanding tahun sebelumnya. Malah, jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum itu, pulangan 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit adalah paling rendah sekali.
Tahun depan bagaimana agaknya?
Dalam kenyataan media kemudian, Pengerusi PNB, Abdul Wahid Omar, walaupun cuba mewajarkan penurunan pulangan itu sebagai masih kompetitif dan mengaitkannya dengan kedudukan ekonomi semasa, kekecewaan jelas terselit di sebalik kata-katanya.
Ia memaksa beliau untuk berjanji akan memberi pulangan yang lebih memuaskan bagi tahun-tahun mendatang melalui perlaksanaan pelan strategik 2017-2022, selain akan memanfaatkan pengalamannya selama 28 tahun dalam sektor korporat dan pentadbiran bagi mencapai matlamat tersebut.
Jika semuanya memuaskan hati, sudah tentu Abdul Wahid tidak melontarkan janji seperti itu?
Sama-sama kita tunggu pulangannya bagi tahun depan pula.
Carta pulangan ASB secara keseluruhannya yang dipetik daripada FB Kelab Che Det seperti di atas, adalah realiti semakin berkurangnya keuntungan yang diperolehi oleh pelabur atau rakyat sejak kebelakangan ini
ASB YANG MENGECEWAKAN....
Sekianlah artikel ASB YANG MENGECEWAKAN.... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca ASB YANG MENGECEWAKAN.... linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/asb-yang-mengecewakan.html
0 Response to "ASB YANG MENGECEWAKAN...."
Posting Komentar