Dewan Parlimen kini berwajah baru

Dewan Parlimen kini berwajah baru - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dewan Parlimen kini berwajah baru, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dewan Parlimen kini berwajah baru
link : Dewan Parlimen kini berwajah baru

Baca juga


Dewan Parlimen kini berwajah baru

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke-13 yang bermula hari ini kembali bersidang di bangunan utama Parlimen, dengan konsep dan hiasannya yang lebih canggih, moden dan eksklusif. 
 
Ia selepas bangunan bersejarah ini selesai menjalani kerja-kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan yang bermula sejak 2012. 
 
Pusat media yang sebelum ini ditempatkan di bangunan sementara di Blok C, kini kembali berpindah ke blok utama. 
 
Sementara itu, ruangan sidang media yang terletak di bahagian luar dewan persidangan dibahagikan kepada dua, dengan bahagian di sebelah kiri dewan dikhaskan untuk sidang media anggota Kabinet, manakala sebelah kanan, Ahli Parlimen lain.
 
Pelbagai kemudahan dan kelengkapan bangunan Parlimen juga sudah siap ditambah baik seperti dewan serba guna, bumbung Blok Utama dan tempat letak kereta bawah tanah. 
 
Bangunan sementara yang sebelum ini digunakan untuk persidangan akan diguna semula khusus bagi persidangan Parlimen Belia dan Parlimen Mahasiswa. 
 
Hari ini juga, perkhidmatan bas henti-henti disediakan kepada petugas media dan pegawai kerajaan, bagi laluan dari tempat letak kenderaan di Bukit Aman hingga bangunan Parlimen, yang bermula seawal jam 7 pagi. 
 
Selesai perasmian mesyuarat yang akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, persidangan akan bermula dengan perbahasan usul menjunjung kasih selama tujuh hari, dijadual bermula esok. 
 
Ia kemudian diikuti dengan perbahasan dan penggulungan usul itu selain sesi khas pertanyaan menteri, soal jawab lisan, sesi kamar khas dan pembentangan rang undang-undang (RUU).
 
 


Dewan Parlimen kini berwajah baru

Sekianlah artikel Dewan Parlimen kini berwajah baru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Dewan Parlimen kini berwajah baru linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/dewan-parlimen-kini-berwajah-baru.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dewan Parlimen kini berwajah baru"

Posting Komentar