Agong titah penjawat awam rasuah dibawa ke muka pengadilan

Agong titah penjawat awam rasuah dibawa ke muka pengadilan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Agong titah penjawat awam rasuah dibawa ke muka pengadilan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Agong titah penjawat awam rasuah dibawa ke muka pengadilan
link : Agong titah penjawat awam rasuah dibawa ke muka pengadilan

Baca juga


Agong titah penjawat awam rasuah dibawa ke muka pengadilan

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V melahirkan rasa dukacita baginda ekoran kegiatan penyelewengan, ketirisan dan rasuah masih lagi berlaku dikalangan penjawat mahupun bekas penjawat awam. 
 
Dalam titahnya sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima sidang Parlimen Ketiga Belas hari ini, Seri Paduka bertitah, sekalipun ia dilakukan oleh segelintir, namun ia menghakis kepercayaan rakyat.
 
"Justeru, Beta mengalu-alukan tindakan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan. 
 
"Rakyat juga perlu memberi sokongan dengan tidak terlibat sebagai pemberi rasuah atau memiliki dokumen terperingkat tanpa kebenaran," titah baginda.
 
Terdahulu, Baginda merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi penggal kelima Parlimen Ke-13 sebentar tadi. 
 
Keberangkatan tiba Baginda disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri S A Vigneswaran. 
 
Turut menyambut keberangkatan baginda ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
 
Dalam pada itu baginda menyambut baik dan menyokong visi Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang disifatkannya sebagai inklusif untuk mendapatkan idea dan inspirasi mengenai hala tuju negara.
 
"TN50 bersifat inklusif bagi mendapat pandangan, idea dan aspirasi mengenai hala tuju negara melalui national discourse (wacana kebangsaan) yang merangkumi semua segmen masyarakat seperti belia, wanita, ilmuan, budayawan, ulama dan sebagainya.
 
"TN50 juga merupakan suatu visi 30 tahun ke hadapan dan menjadikan Malaysia sebuah negara berjaya di persada dunia," titah baginda lagi.
 
Dalam masa yang sama baginda menyambut baik pelbagai langkah kerajaan dalam membantu rakyat, antaranya menerusi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan kepada peniaga, golongan pertengahan B40 serta bantuan perumahan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang sedang berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup.
 
"Beta mengalu-alukan usaha kerajaan dalam menyediakan pelbagai insentif bagi menjana pendapatan tambahan dengan meneruskan pemberian subsidi bersasar, meningkatkan kadar dan mempelbagaikan pelaksanaan BR1M, bantuan peniaga kecil dan bantuan pemandu teksi memiliki permit," ujar baginda.
 
Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 6 April, manakala Dewan Negara dari 17 April hingga 27 April selama sembilan hari. 
 
Persidangan kali ini kembali menggunakan bangunan Dewan Rakyat yang sudah dinaik taraf selepas menjalani ubahsuai sejak 2012.
 
 


Agong titah penjawat awam rasuah dibawa ke muka pengadilan

Sekianlah artikel Agong titah penjawat awam rasuah dibawa ke muka pengadilan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Agong titah penjawat awam rasuah dibawa ke muka pengadilan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/agong-titah-penjawat-awam-rasuah-dibawa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Agong titah penjawat awam rasuah dibawa ke muka pengadilan"

Posting Komentar