Judul : angan tutup mata terhadap tokoh politik, gesa PAS
link : angan tutup mata terhadap tokoh politik, gesa PAS
angan tutup mata terhadap tokoh politik, gesa PAS
Oleh Shuhaniza Said
KUALA LUMPUR: PAS menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak hanya mengambil tindakan terhadap penjawat awam yang terlibat dengan isu rasuah atau penyelewengan, sebaliknya tindakan yang sama patut dilakukan terhadap tokoh politik.
Naib Presidennya, Dr Idris Ahmad berkata, wujud kekhuatiran sekiranya penangkapan terhadap penjawat awam itu hanyalah sebagai 'kambing hitam' bagi melindungi tokoh tertentu.
"Keduanya saya lihat juga bagaimana Baginda menekankan juga soal rasuah yang kita anggap sudah sampai kepada barah dalam negara kita hari ini, bukan saja melibatkan kakitangan awam.
"Malahan ia juga perlu diberi penekanan terutama di kalangan pemimpin negara kerana kita pun rasa bimbang juga kerana apa yang berlaku ini kadang-kadang yang jadi kambing hitam ialah kalangan pegawai kerajaan semata-mata.
"Dan kita harapkan supaya benda ini bukan saja pihak SPRM yang berani dan selama ini terbukti terhadap penangkapan di kalangan jerung besar yang terlibat dalam perkhidmatan awam, dan diharapkan selepas ini ada (penangkapan) juga melibatkan tokoh penjawat dalam politik, di kalangan yang ada kuasa," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Dewan Rakyat.
Terdahulu, Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V melahirkan rasa dukacita baginda ekoran kegiatan penyelewengan, ketirisan dan rasuah masih lagi berlaku di kalangan penjawat mahupun bekas penjawat awam.
Dalam titahnya sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima sidang Parlimen Ketiga Belas hari ini, Seri Paduka bertitah, sekalipun ia dilakukan oleh segelintir, namun ia menghakis kepercayaan rakyat.
Dalam pada itu, Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang mengharapkan agar Rang Undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah atau Akta 355 dapat dibentangkan pada sidang kali ini.
"Begitu juga dalam soal memperkasakan mahkamah syariah yang saya rasakan merupakan perkara yang pernah disebut YDPA sebelum ini, dan kita harapkan supaya perkara ini juga dapat difahami sama ada Ahli Parlimen Islam dan bukan Islam, ia membabitkan soal orang Islam.
"ita harapkan dapat dibentang.. kita harapkan pihak kerajaan ada inisiatif, ada keberanian untuk membenarkan RUU ini dibentang kali ini," katanya.
Usul RUU355 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebelum ini telah melalui dua kali penangguhan.
Hadi ketika membentangkan RUU355 itu pada November tahun lalu memohon menangguhkan usul berkenaan ke sidang kali ini, ekoran masih ramai di kalangan ahli parlimen yang tidak memahami bersabit langkah partinya itu.
Kelibat Hadi bagaimanapun tidak kelihatan pada hari pertama sidang kali ini, difahamkan ekoran keadaan dirinya yang tidak sihat.
"Dia tak hadir, di tidak berapa sihat. Mungkin esok dia hadir," kata Idris.
angan tutup mata terhadap tokoh politik, gesa PAS
Sekianlah artikel angan tutup mata terhadap tokoh politik, gesa PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca angan tutup mata terhadap tokoh politik, gesa PAS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/angan-tutup-mata-terhadap-tokoh-politik.html
0 Response to "angan tutup mata terhadap tokoh politik, gesa PAS"
Posting Komentar