Judul : Tasik Chini Kini "Semakin Nazak", Akibat Dari Kegiatan Tanah Tanpa Kawalan
link : Tasik Chini Kini "Semakin Nazak", Akibat Dari Kegiatan Tanah Tanpa Kawalan
Tasik Chini Kini "Semakin Nazak", Akibat Dari Kegiatan Tanah Tanpa Kawalan
PEKAN: Tasik Chini yang diiktiraf Rizab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sesungguhnya kaya dengan khazanah alam semulajadi dan keindahan flora fauna.
Namun sejak 2009, persekitaran kawasan itu semakin terjejas akibat kegiatan pembalakan, perlombongan dan perladangan yang tidak terkawal di sekelilingnya.
Berikutan itu, tasik semula jadi kedua terbesar negara selepas Tasik Bera itu berada dalam situasi tercemar apabila saiznya semakin mengecil serta menunggu masa menjadi kering jika pemendapan dasar tasik terus berlaku.
Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) Prof Datuk Seri Dr Mushrifah Idris berkata, kegiatan penerokaan itu juga menyebabkan air tasik menjadi keruh serta memberi kesan kepada hidupan lain terutama tumbuhan teratai yang sering dikaitkan dengan Tasik Chini.
Katanya, kajian bersama pakar dari universiti tempatan mendapati kegiatan pembalakan dan perlombongan tidak terkawal boleh memusnahkan biodiversiti tasik itu. #sumber
Tasik Chini Kini "Semakin Nazak", Akibat Dari Kegiatan Tanah Tanpa Kawalan
Sekianlah artikel Tasik Chini Kini "Semakin Nazak", Akibat Dari Kegiatan Tanah Tanpa Kawalan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Tasik Chini Kini "Semakin Nazak", Akibat Dari Kegiatan Tanah Tanpa Kawalan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/tasik-chini-kini-semakin-nazak-akibat.html
0 Response to "Tasik Chini Kini "Semakin Nazak", Akibat Dari Kegiatan Tanah Tanpa Kawalan"
Posting Komentar